awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini

Bernama
Bernama
28/07/2024
10:45 MYT
KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau Jalan Sandakan-Tawau di Seksyen 256.295 yang runtuh akibat saluran pembetung dalam tanah pecah, hari ini. - Bernama
TAWAU: Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan RM130 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala turapan dan bukan turapan untuk jalan Persekutuan di Sabah tahun ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu RM9.979 juta diperuntukkan kepada daerah Tawau.
"Pada hari ini saya sendiri meninjau keadaan jalan Persekutuan iaitu R13 Jalan Sandakan-Tawau yang sebelum ini saya dengar banyak rungutan jalan teruk termasuk dari wakil rakyat di sini semasa persidangan di Parlimen dan kebetulan ada kejadian runtuhan pembetung di sini menyebabkan kerosakan struktur jalan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pembentung runtuh itu.
Beliau berkata runtuhan di Seksyen 256.295 itu menyebabkan satu laluan jalan terpaksa ditutup dan peruntukan RM1.506 juta telah diluluskan bagi pembaikan semula yang dijangka siap Oktober ini.
Selain itu, katanya KKR turut memohon peruntukan lebih daripada kerajaan untuk tahun hadapan bagi pembaikan jalan sempena Malaysia menjadi pengerusi Mesyuarat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia pada 2026.
"Fokus berterusan terhadap penyenggaraan jalan raya ini merupakan komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten," katanya.
Beliau juga mendengar rintihan rakyat berhubungan masalah lampu jalan dan meminta syarikat konsesi menggunakan kaedah praktikal serta mengikut kemampuan kewangan antaranya pemasangan lampu 'cat eye' atau lampu solar di jalan-jalan gelap dan berisiko.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#Sabah
#isu jalan raya
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan