awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL satu daripada syurga makanan dunia - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
29/05/2015
23:44 MYT
KL satu daripada syurga makanan dunia - Tengku Adnan
Tengku Adnan emasa berucap pada Festival KL Big Kitchen 2015 di Dataran Merdeka di sini pada Jumaat. - Foto Bernama
Budaya makanan Malaysia semakin dikenali di seluruh dunia dengan Kuala Lumpur menjadi satu daripada 'syurga' makanan di dunia, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata bandar raya ini mempunyai beberapa masakan dan restoran terbaik di dunia dan sangat terkenal dengan campuran dan kepelbagaian budaya masakan.
"Dan dengan isyarat yang begitu positif dalam peluang perniagaan dan ekonomi yang begitu baik, banyak restoran dan outlet makanan tumbuh dan berkembang berikutan permintaan pengguna.
"Buktinya, setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan 7,000 lesen makanan dan minuman di KL yang terdiri daripada gerai sehingga kedai kopi, restoran jenis kasual dan mewah dengan jumlah yang dikendalikan generasi baharu semakin meningkat," katanya semasa berucap pada Festival KL Big Kitchen 2015 di Dataran Merdeka di sini pada Jumaat.
Festival itu disempurnakan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah .
"Dan menyentuh mengenai 'makanan bajet', KL menawarkan kepelbagaian, untuk harga yang murah secara perbandingan. Kunjungi gerai di tepi jalan; anda akan benar-benar merasakan masakan rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan.
"Sesetengah kedai kopi juga menawarkan peluang menikmati makanan di tepi jalan dengan meletakkan meja di kawasan pejalan kaki dan mewujudkan satu gaya tersendiri menikmati makanan," kata Tengku Adnan.
Mengenai festival itu, Tengku Adnan berkata slogan "Bringing You the Gastronomic Experience" merupakan cara terbaik untuk menjelaskan mengenai festival itu yang bertujuan menjadi kuasa menyediakan makanan terbaik bagi memperkenalkan KL sebagai wadah tumpuan Asia Tenggara.
Beliau berharap semua pihak memberikan sokongan berterusan bagi mempromosikan KL dan membawa kemasukan pelancong agar mereka kagum melihat KL dengan potensinya yang sebenar, sebagai nadi negara ini, yang beliau benar-benar percaya merupakan sebuah bandar raya Asia yang sebenar.
"Kita perlu berbangga dengan makanan kita, raikannya dan tonjolkan kekayaan dan kepelbagaiannya kepada dunia melalui Festival KL Big Kitchen 2015," katanya.
Topic Berkaitan
#Festival KL Big Kitchen
#makanan
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan