awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klang penyumbang peningkatan kes Denggi di Selangor

Bernama
Bernama
02/03/2014
05:55 MYT
Klang penyumbang peningkatan kes Denggi di Selangor
Daerah Klang di Selangor mencatat peningkatan kes demam denggi sebanyak 45 peratus iaitu 1,605 kes dengan satu kematian bagi tempoh 1 Jan hingga 28 Feb lepas berbanding 426 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata jumlah tersebut adalah antara penyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di seluruh Selangor dan orang ramai digesa bertindak lebih aktif dalam menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes.
Katanya, jumlah kes demam denggi di daerah itu yang naik mendadak menunjukkan kawasan tersebut berpotensi menjadi antara lokaliti aktif nyamuk Aedes seandainya masyarakat masih tidak bekerjasama membendung penularan wabak tersebut.
"Hari ini program gempur Aedes kita jalankan di Taman Meru Indah, Klang sebagai kawasan tumpuan kerana di sini saja sudah 14 kes demam denggi direkodkan sejak Jan lepas hingga 22 Feb berbanding hanya 10 kes sepanjang tahun 2013.
"Peningkatan mendadak itu boleh menjadikan taman perumahan ini sebagai lokaliti aktif denggi, jadi kita minta semua pihak terus bekerjasama menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gempur Aedes di sini, Ahad.
Menurutnya, disebabkan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi di seluruh negara, sebanyak 107,326 premis telah diperiksa di negeri tersebut selain melakukan semburan kepada 1,264,724 premis sejak awal tahun ini sebagai usaha membendung wabak denggi secara berterusan.
Tambahnya, cuaca panas yang melanda seluruh negara kini turut mempengaruhi pembiakan nyamuk Aedes kerana perubahan suhu mempercepatkan kitaran hidup jentik-jentik itu untuk menjadi dewasa.
"Apabila cuaca panas, jentik-jentik lebih cepat menjadi dewasa dan nyamuk Aedes pula lebih cepat lapar jadi mereka akan menggigit lebih ramai orang menyebabkan wabak tersebut terus merebak," katanya.
Sehubungan itu, Dr Lokman turut menasihatkan orang ramai di kawasan catuan air supaya sentiasa menutup tong-tong simpanan air mereka supaya ia tidak menjadi faktor utama tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Topic Berkaitan
#aedes
#denggi
#Dr Lokman Hakim Sulaiman
#Klang
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan