awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia pada 2020 - Kaji selidik

Bernama
Bernama
15/03/2021
09:18 MYT
KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia pada 2020 - Kaji selidik
Jumlah trafik penumpang bagi kumpulan MAHB masih rendah berikutan sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa dengan hanya mencatat 1.6 juta pergerakan penumpang pada Februari lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik dunia menerusi kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global bagi kategori melebihi 40 juta penumpang setahun pada 2020.
Kaji selidik itu dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) manakala ASQ merupakan tanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan menyeluruh penumpang yang merangkumi aspek keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan serta kebersihan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataannya pada Isnin, menyifatkan pencapaian KLIA yang diumumkan oleh ACI pada awal bulan ini adalah susulan daripada usaha berterusan membabitkan inisiatif-inisiatif penambahbaikan biarpun terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata jumlah trafik penumpang bagi kumpulan MAHB masih rendah berikutan sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa dengan hanya mencatat 1.6 juta pergerakan penumpang pada Februari lepas.
Bagaimanapun, katanya, lapangan tersebut akan tetap meneruskan projek-projek penting seperti pengubahsuaian kemudahan bilik air, pembentukan pasukan kecemerlangan operasi yang mengenal pasti serta merekabentuk inisiatif penambahbaikan.
Ini termasuk langkah memperkenalkan 'Exceptional People Practice Playbook' -- garis panduan manual dwibahasa sebagai panduan untuk petugas di barisan hadapan berinteraksi dengan pelanggan mereka.
"Bagi tahun ini, penumpang boleh menjangkakan untuk menikmati perjalanan yang telah ditambah baik seperti tempoh menunggu lebih singkat dan teknologi pengecaman wajah yang menjadi sebahagian daripada transformasi digital Lapangan Terbang 4.0 kami," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shukrie juga optimis terhadap daya tahan permintaan bagi perjalanan udara.
"Kami telah menyaksikan peningkatan semula (permintaan) yang lebih kukuh apabila beberapa sekatan perjalanan ditarik balik sebelum ini. Oleh itu, MAHB akan terus mempertingkat tawaran-tawaran berkaitan.
"Malah, langkah untuk sentiasa peka dengan permintaan penumpang dan industri penerbangan ini akan turut membantu kami untuk terus kekal di kedudukan hadapan dalam persaingan selain sejajar dengan sasaran kami untuk muncul sebagai antara lima lapangan terbang terbaik bagi tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#10 lapangan terbang terbaik dunia
#COVID-19
#pandemik
#Kuala Lumpur
#MAHB
#Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang
#ASQ
#kaji selidik
#penerbangan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan