awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klinik kesihatan di Selangor akan dijadikan pusat pemberian vaksin

Bernama
Bernama
24/05/2021
12:05 MYT
Klinik kesihatan di Selangor akan dijadikan pusat pemberian vaksin
JKNS juga akan melaksanakan program imunisasi untuk pesakit terlantar melalui program outreach. - Gambar fail/ Bernama
SHAH ALAM: Selangor akan menggunakan klinik-klinik kesihatan sedia ada di negeri itu sebagai tempat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 khusus kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik, kata Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
"Kita telah mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan mereka amat menyokong syor itu dan saya akan mendapatkan kebenaran tersebut secara rasmi," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini hari ini, bagi hari pertama pemberian vaksin COVID-19 Astrazeneca.
Selain itu, beliau berkata jabatan tersebut juga akan melaksanakan program imunisasi untuk pesakit terlantar melalui program outreach.
Mengenai program imunisasi menggunakan vaksin Astrazeneca itu, beliau berkata sebanyak 42,000 dos akan diberikan di IDCC dengan jangkaan pemberian sebanyak 3,000 dos sehari bermula hari ini hingga 6 Jun.
Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai agar tidak mencuba nasib dengan 'walk-in' atau menunggu di mana-mana PPV untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengelakkan kesesakan di pusat tersebut.
"Kita telah ada senarai menunggu, jadi tidak perlu mereka untuk mencuba nasib datang ke PPV dan kita tidak pernah memberi vaksin ini kepada mereka yang walk-in," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKNS
#Selangor
#vaksin
#KK
#Klinik kesihatan
#PPV
#pesakit kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan