awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klinik Kesihatan Pauh beroperasi 27 Mac

Bernama
Bernama
07/03/2023
20:26 MYT
Klinik Kesihatan Pauh beroperasi 27 Mac
Zamzuri (kiri) meninjau peralatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Pauh selepas menyempurnakan majlis penyerahan projek menyiapkan baki kerja klinik tersebut di Pauh, Perlis, semalam. - Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
ARAU: Penduduk Pauh dan kawasan sekitar kini boleh menarik nafas lega apabila projek pembinaan Klinik Kesihatan Pauh berserta kuarters, di sini telah siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi pada 27 Mac ini.
Projek Klinik Kesihatan Jenis 3 itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos keseluruhan RM30 juta termasuk perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan sebanyak RM2.5 juta.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Datuk Zamzuri Abdul Aziz berkata klinik berkenaan akan memanfaatkan kira-kira 40,000 orang penduduk di Pauh dan kawasan sekitarnya.
"Adalah sentiasa menjadi keutamaan KKM untuk memperkukuh perkhidmatan klinik kesihatan dan pada masa yang sama mendidik masyarakat memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Pauh di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Jabatan Kerja Raya Ir Rahmat Abd Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis Dr Ismuni Bohari.
Zamzuri berkata selain Klinik Kesihatan Pauh, terdapat dua lagi projek pembangunan fasiliti kesihatan Perlis yang masih dalam fasa pelaksanaan iaitu Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters Padang Besar melibatkan kos projek RM34.375 juta dan Projek Naik Taraf Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar bernilai RM6.161 juta.
"Projek Klinik Kesihatan Padang Besar dijangka siap pada 11 Jun ini manakala projek Naik Taraf Unit Rawatan Rapi, HTF pula dijangka siap pada 18 Oktober tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klinik Kesihatan Pauh
#rawatan kesihatan
#Zamzuri Abdul Aziz
#fasiliti kesihatan Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan