awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klip drama undang maksiat: Menteri Agama zahir kekhuatiran

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/03/2022
05:33 MYT
Klip drama undang maksiat: Menteri Agama zahir kekhuatiran
Tegas Idris, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau halangi, tapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, beliau tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menzahirkan rasa khuatir beliau berkait klip promosi sebuah drama yang mengundang maksiat.
Menerusi perkongsian di media sosial, Idris berkata beliau akan menghubungi pihak terbabit supaya perkara tersebut boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
Tegasnya, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau halangi, tapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, beliau tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati.
"Hela nafas panjang saya.
"Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan, yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar takwa, namun (kini) seolah-olah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.
"Hiburan tidak dihalang dalam Islam.
"Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat," katanya dalam perkongsian di Facebook.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci klip promosi berunsur maksiat yang dimaksudkan.
Idris pada masa sama menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.
"Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan.
"Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga Allah terus memimpin kita," katanya.
Topic Berkaitan
#Idris Ahmad
#klip drama maksiat
#promosi drama
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan