awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL-Riyadh tingkatkan kerjasama bendung keganasan, ajaran sesat - Jamil Khir

Bernama
Bernama
28/02/2017
14:30 MYT
KL-Riyadh tingkatkan kerjasama bendung keganasan, ajaran sesat - Jamil Khir
JAMIL KHIR: Kerjasama Kuala Lumpur-Riyadh bakal dipertingkatkan lagi dalam membendung penyelewengan agama. - Gambar fail
Kerjasama Kuala Lumpur-Riyadh bakal dipertingkatkan lagi dalam membendung penyelewengan agama yang menjurus kepada aktiviti keganasan dan ajaran sesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kolaborasi itu akan direalisasikan melalui perjanjian persefahaman (MOU) antara Malaysia-Arab Saudi dalam masa terdekat.
Perkara itu adalah antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan Jamil Khir dengan Menteri Hal Ehwal Agama Islam Arab Saudi Sheikh Saleh bin Abdul-Aziz Al Ash-Sheikh di sini hari ini.
Sheikh Saleh berada di negara ini susulan lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia selama empat hari sejak Ahad.
"Riyadh akan menyediakan MOU bagi tujuan kolaborasi dalam hal ehwal agama yang perlu diperkemaskan lagi.
"Ini kerana ketika ini, pelbagai ancaman timbul dalam penyalahgunaan agama seperti Daesh dan ajaran sesat.
"Oleh kerana itu, kita perlu rapatkan hubungan antara kedua-dua negara bagi membendung sebarang ancaman yang mengganggu-gugat kesejahteraan ummah," kata Jamil Khir.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengetuai mufti-mufti dalam pertemuan dengan Raja Salman di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Datuk Seri Jamil Khir Baharom
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan