awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Mengketil: KKM belum putuskan jenis mutasi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/11/2020
12:19 MYT
Kluster Mengketil: KKM belum putuskan jenis mutasi
Dr Noor Hisham berkata, ini kerana, kluster itu masih baharu dikenalpasti dan proses menghantar sampel ke makmal akan dilakukan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) belum mengenal pasti jenis mutasi yang berlaku membabitkan Kluster Mengketil, di Kelantan susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di situ dalam tempoh yang singkat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana, kluster itu masih baharu dikesan dan proses menghantar sampel ke makmal akan dilakukan.
"Proses untuk menganalisis sampel itu pula mengambil masa dalam tempoh sehingga tiga minggu dan strain virus pula setiasa berubah atau bermutasi.
"Dalam waktu singkat iaitu lima hari, virus ini menular dengan cepat ke daerah lain, dan bahkan ke Terengganu," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Kluster Mengketil bermula dengan kes indeks pada 13 November dan telah mencatat 45 jangkitan setakat ini, dengan tiga kes baru hari ini.
BACA: COVID-19: 958 jangkitan baharu, 3 kematian direkodkan
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham meminta agar semua pihak khususnya rakyat Kelantan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok.
"Dalam tempoh dua minggu ini saya minta semua penduduk Kelantan untuk duduk di rumah bagi mengelak penularan jangkitan.
"Jika perlu keluar, perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan dalam PKPB agar Kelantan boleh diletakkan dalam PKP (Pemulihan) seperti negeri lain," tegasnya.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perintah kawalan pergerakan
#PKPB
#PKP
#SOP
#COVID-19
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Mutasi
#Kluster Mengketil
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan