Kerajaan negeri Kedah mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP), khususnya di daerah Kubang Pasu berikutan berlaku penularan kes COVID-19 di daerah itu yang melibatkan kluster Sivagangga.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata semua premis perniagaan juga diwajibkan menggunakan aplikasi My Sejahtera bagi memudahkan pengawasan dan proses pengesanan kontak terhadap individu yang pernah berada dekat dengan orang dikenal pasti positif COVID-19.
"Tulisan di buku hanyalah untuk mereka yang tidak memiliki telefon pintar, tapi pada masa ini saya yakin hampir semua pelanggan ada telefon pintar...kena guna My Sejahtera, tidak boleh elak lagi sebab dengan adanya kluster baharu ini, sangat penting kita patuhi SOP sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Khas COVID-19 Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Kerajaan negeri juga akan mewujudkan pusat kuarantin berdasarkan keperluan dan akan mengumumkan lokasi pusat-pusat berkenaan dalam tempoh terdekat memandangkan setakat ini terdapat enam kes positif COVID-19 melibatkan kluster Sivagangga.
"Kita risau dengan kuarantin sendiri di rumah sebab akan ada yang tidak patuh, mereka keluar ke sana ke sini walaupun ada gelang di tangan mereka, jadi kita putuskan perlu wujudkan pusat kuarantin," katanya.
Muhammad Sanusi berkata kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tiada lagi penularan pandemik itu atau kluster baharu muncul di negeri ini, terutama pada musim perayaan ini.
Selasa lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baharu dikenal pasti di Kedah iaitu kluster Sivagangga yang melibatkan seorang pemilik kedai makan, seorang ahli keluarganya dan empat pekerja kedai.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan, sempena hari raya esok, nak mengingatkan semua pihak agar mematuhi SOP ibadah korban, seekor haiwan 20 orang sahaja dan kenduri tidak dibenarkan, lepas sembelih edarkan sahaja daging korban itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Muhammad Sanusi berkata semua premis perniagaan juga diwajibkan menggunakan aplikasi My Sejahtera bagi memudahkan pengawasan dan proses pengesanan kontak rapat. - Gambar Sinar Harian
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.