KUALA LUMPUR: Kluster tempat kerja termasuk kilang masih dikesan berlaku ketika negara masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19 dan di sebalik peringatan demi peringatan untuk semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Statistik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini menunjukkan sektor perkilangan adalah penyumbang jumlah kes tertinggi bagi kategori kluster tempat kerja.
Menurut beliau, sehingga 14 Jun 2021, sejumlah 1,328 kluster tempat kerja dikesan dan kebanyakan kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus).
Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.
Setakat ini, Kerajaan melaksanakan tiga kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai jenis peraturan dan SOP, tidak terkecuali untuk industri perkilangan. Justeru, mengapa masih ada kluster tempat kerja termasuk kilang? Mengapa masih ada yang berani melanggar SOP.
Penulis mengambil satu contoh kes apabila baru-baru ini, sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan, Petaling Jaya dilaporkan dikompaun RM10,000 kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan sekali gus melanggar SOP PKP3.0.
Hasil serbuan pihak polis turut mendapati kilang tersebut masih menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sudah tamat tempoh, iaitu bertarikh sebelum 1 Jun.
Ini baru satu dari banyak lagi kes pelanggaran SOP oleh pihak majikan dan pemain industri perkilangan. Di mana silap dan apa pula tindakan yang perlu dilakukan?
MASIH BERDEGIL
Naib Presiden 2, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH), Zanuddin Kisman memberitahu Bernama, melalui peruntukan Seksyen 15, subseksyen (1) Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (AKKP)1994, adalah menjadi kewajipan am majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan - setakat yang praktik - setiap aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerjanya semasa bertugas, dipatuhi.
Oleh itu, secara umumnya beliau berpendapat, isu ketidakpatuhan SOP ini amatlah serius kerana ianya bukan sahaja boleh mengancam tahap kesihatan awam negara, namun juga pihak majikan seolah-olah memperjudikan keselamatan dan kesihatan pekerja industri perkilangan itu sendiri.
"MSOSH melihat tahap kepatuhan di kalangan pemain industri masih lagi tidak sepenuhnya dan berada pada tahap amat tidak memuaskan. Apatah lagi, kita sering juga dengar ada kes majikan memaksa kakitangan hadir bekerja pada kapasiti penuh walaupun arahan diberikan bagi penjadualan semula atau kaedah penggiliran diadakan bagi mengurangkan risiko pendedahan atau jangkitan kepada para pekerja.
"Kami percaya isu kemampuan pihak berkuasa tempatan (PBT)dalam melakukan rondaan dan pemeriksaan di semua premis adalah terbatas. Maka dengan itu, industri tidak berasa takut untuk melanggar SOP yang diwujudkan kerana merasakan pengeluaran dan keuntungan syarikat adalah lebih utama dan sekiranya melanggar SOP yang ditetapkan, penalti yang dikenakan mampu dibayar oleh mereka," jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menurut beliau, pelanggaran SOP oleh pihak majikan ini bukanlah perkara baru dan berlaku dengan begitu aktif semenjak PKP 1.0 lagi.
"Walaupan mungkin ianya tidak mendapat liputan meluas tetapi dalam kalangan ahli-ahli MSOSH yang merupakan pengamal Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, perkara ini sering menjadi topik perbincangan dalam usaha mencari solusi yang berkesan," katanya.
NAIKKAN JUMLAH DENDA
Zanuddin berpandangan salah satu usaha untuk membendung isu ini dari terus berlaku adalah pihak berkuasa perlu meningkatkan denda selain saringan yang ketat dilakukan kepada industri yang memohon untuk beroperasi semasa tempoh PKP.
"Dengan tahap denda terkini, MSOSH melihat pemain industri masih mampu untuk membayar penalti yang dikenakan kerana jumlah yang tidaklah begitu besar dibandingkan keuntungan yang mereka perolehi sekiranya operasi dijalankan secara kapasiti penuh.
"Jadi mereka dengan sewenang-wenangnya berani melanggar SOP kerana lebih mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan nyawa pekerja serta tidak serius dalam membantu menangani masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita secara khususnya dan dunia secara amnya, " katanya, sambil menambah, cadangan untuk menaikkan denda atau saman diharap dapat meningkatkan tahap pematuhan oleh industri.
Menurut Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara, " individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 boleh berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021."
Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP juga boleh didenda sehingga RM50,000.
SEGERA LANTIK PENYELARAS
Zanuddin turut menambah, Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) jelas menyatakan antara lain tanggungjawab majikan ialah melantik pihak Penyelaras untuk melaporkan status pematuhan program Kawalan Risiko COVID-19.
Menurut beliau, perkara ini juga jelas tertera di dalam AKKP 1994 yang mengkehendaki pihak industri dan sektor serta keadaan yang memerlukan untuk syarikat atau organisasi mengambil bekerja orang yang cekap seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.
Langkah ini bagi membantu syarikat melaksana dan memantau program berkaitan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, dalam usaha memastikan para pekerja tidak terlibat dalam situasi yang memudaratkan kesihatan serta keselamatan mereka.
"Dalam konteks situasi terkini iaitu pandemik COVID-19, SHO juga bertanggungjawab membantu organisasi dan syarikat dalam mewujudkan prosedur dalaman untuk rujukan kepada organisasi dan semua pekerja semasa menangani keadaan pandemik ini. Selain daripada SHO, ahli jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC) di tempat kerja juga bertanggungjawab untuk membantu SHO dalam melaksana dan memantau pematuhan keseluruhan KKP di tempat kerja.
"Pemantauan berterusan oleh SHO dan SHC amatlah kritikal terutama apabila melibatkan organisasi yang besar. Namun dengan adanya SHO di dalam sebuah organisasi, proses pematuhan dan pelaporan menjadi mudah di mana mereka adalah individu yang terlatih dan cekap dalam aspek pematuhan kepada AKKP 1994.
"Kepada organisasi atau syarikat yang tidak mengambil bekerja seorang SHO, mereka mungkin akan menghadapi masalah untuk memastikan pematuhan atau pelaporan kepada PBT atau mana-mana agensi kerajaan yang berkenaan. Ini akan menyukarkan dalam konteks pematuhan secara menyeluruh," katanya.
Zanuddin turut menjelaskan mengenai perbezaan peranan yang dimainkan pihak Penyelaras ini dengan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
Bagi kes positif atau kontak rapat yang melibatkan kakitangan sesebuah organisasi, ERT bertanggungjawab membawa kakitangan tersebut ke klinik atau pusat kesihatan yang ditetapkan. Selain daripada itu, pasukan ini juga akan melakukan proses disinfeksi kawasan yang terlibat seperti prosedur dalaman organisasi yang dibangunkan.
Sementara SHO pula akan memantau proses dan semua aktiviti tersebut dan akan memaklumkan kepada pihak pengurusan dan pelaporan kepada PBT atau mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan.
USAHASAMA SEMUA
Menurut Zanuddin lagi, beliau dan MSOSH berharap semua pemain industri lebih bertanggungjawab dan sama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19 ini dengan cara berusaha sedaya upaya untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
Sekiranya SOP yang dikuatkuasakan masih dirasakan ada kelonggaran, industri boleh berusaha untuk mengetatkannya lagi bergantung kepada persekitaran industri tersebut dengan matlamat utama bersama-sama membantu kerajaan untuk mencapai matlamat memutuskan rantaian COVID-19 dan membantu dalam memulihkan ekonomi seperti sebelumnya.
"Dalam keadaan tahap kesihatan awam negara yang berada dalam keadaan kritikal dan semakin hari ramai rakyat kita yang menjadi korban jangkitan virus ini, diharapkan agar pihak industri jangan hanya mementingkan soal keuntungan semata-mata. Mereka juga perlu memikirkan kesihatan dan keselamatan pekerja. Ini adalah tanggungjawab majikan seperti yang termaktub di dalam AKKP 1994.
"Ini amat jelas. Majikan mestilah berusaha sehabis baik dalam memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi agenda utama di dalam operasi seharian mereka dan tidak terkecuali semasa situasi pandemik COVID-19 ini, di mana pihak industri diminta lebih cakna dan prihatin serta mampu mengawal keadaan serta perjalanan operasi dan organisasi dengan lebih tersusun agak keadaan akan sentiasa terkawal.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan perundingan OSH berkaitan Pengurusan COVID-19 di tempat kerja boleh menghubungi Talian Helpline MSOSH di 019 225 7299 / 03 3359 8046, ataupun melayari https://www.msosh.org.my/event/423-msosh-helpline.html.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Anggota Jabatan Tenaga Kerja Kelantan menjalankan pemeriksaan di tempat penginapan pekerja warga asing di sekitar Pengkalan Chepa, 27 Mei, 2021. --fotoBERNAMA
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Amirul Aiman
1. Dari Shanghai, China, CIIE bawa limpahan ekonomi pasaran China
2. Bagaimana wajah bandar daya tahan hadapi perubahan iklim
1. Dari Shanghai, China, CIIE bawa limpahan ekonomi pasaran China
2. Bagaimana wajah bandar daya tahan hadapi perubahan iklim
Song Wat Road di Bangkok berubah jadi hab gaya hidup baharu yang dinamik
Song Wat Road berubah menjadi antara pusat gaya hidup terbaharu yang bertenaga bagi penggemar kopi, peminat seni dan pencinta budaya.
Piala Mirnawan 2024: Malaysia Tigers benam Korea Selatan untuk muncul juara
Malaysia Tigers juara Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 kategori lelaki selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
EPL: Gol Mohamed Salah pastikan Liverpool selesa di puncak liga
Salah jadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Aston Villa 2-0 di Stadium Anfield untuk mendahului dengan lima mata di puncak EPL.
Guru Malaysia menang Anugerah Pendidikan Asia bagi kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak
Nurhayatul Nira Ramli diberi penghormatan dengan Anugerah Pendidikan Asia 2024 selepas 18 tahun berbakti dalam bidang pendidikan awal.
132 rumah hangus akibat kebakaran hutan di California
Gabenor California, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat di negeri itu selepas lebih 132 rumah musnah dan 88 lagi rosak teruk akibat kebakaran hutan yang semakin merebak berhampiran komuniti di Los Angeles.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Siapa bakal sertai Kabinet Trump 2.0?
Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat pelantikan pertama pentadbiran baharunya dengan menamakan ketua staf sementara tugas penting lain dijangka bakal diisi oleh kombinasi muka baharu dan nama-nama yang pernah menyandang jawatan dalam Kabinet 2016.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.