RAMAI yang tidak menyedari yang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman pada 10-15 Mac 2024 yang lalu telah diperkatakan di seluruh dunia.
Tumpuan dunia diberikan kepada ucapan Anwar yang mempertahankan Palestin dan mengkritik hipokrasi Barat mengenai peperangan yang berlaku di Gaza terutamanya pembunuhan kaum beramai-ramai warga Palestin oleh tentera rejim Israel.
Ini satu keberanian yang jarang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin utama negara yang seterusnya menjadi jurucakap kepada Dunia Islam dan masyarakat yang tertindas.
Meskipun tumpuan diberikan mengenai pembunuhan kaum di Gaza, matlamat lawatan Perdana Menteri adalah bagi mengeratkan persahabatan akrab di antara Malaysia dan Republik Persekutuan Jerman.
Antara program lawatan rasmi tersebut ialah pertemuan dua hala bersama Canselor Olaf Scholz dan kunjungan hormat ke atas Presiden Frank-Walter Steinmeier pada 11 Mac 2024, selain pertemuan dengan Naib Canselor Dr. Robert Habeck pada 13 Mac 2024.
Bagi rakyat Malaysia, tumpuan juga diberikan kepada mesyuarat meja bulat perniagaan dengan kapten-kapten industri dan sesi pertemuan bersemuka dengan syarikat-syarikat terkemuka tempatan dan Eropah pada 12 dan 15 Mac 2024. Pertemuan ini dihadiri oleh 38 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga Eksekutif kanan yang mewakili 23 syarikat terkemuka di Jerman.
Pertemuan ini penting bagi menjamin pelaburan asing daripada Jerman terus berkembang dan masuk ke Malaysia sebagai hab perdagangan global di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan data terkini, Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Jerman di Asia Tenggara.
Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman berjumlah RM63.5 billion, dengan peningkatan 1.8% nilai eksport kepada RM30.56 bilion daripada RM30.03 billion pada tahun 2022. Nilai pelaburan bagi 2023 adalah sebanyak 486 projek dengan penyertaan Jerman bernilai RM45.69 bilion (USD12.08 bilion) telah dilaksanakan, dengan mewujudkan sejumlah 49,591 peluang pekerjaan.
Terdapat 700 syarikat Jerman yang sedang beroperasi di Malaysia. Nilai dagangan di Selat Melaka yang berjumlah 3.5 trillion dolar Amerika Syarikat dan laluan lebih 80,000 kapal dagangan telah menarik minat Jerman untuk berada di Malaysia selain daripada kestabilan politik ekonomi yang wujud di Malaysia.
Berbalik kepada pertemuan dua hala Anwar dan Canselor Scholz dan kepimpinan Jerman, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama ekonomi, isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Namun berkenaan situasi di Gaza, meskipun pendirian adalah berbeza, kedua-dua belah pihak bersependapat mengenai: 1) pelaksanaan gencatan senjata secara kekal, 2) keperluan mendesak bagi bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin; dan 3) penyelesaian dua negara (two-state solution).
Perbincangan juga ada menyentuh tentang hubungan Jerman dan Malaysia dengan China. Pihak Barat melihat China sebagai pencabar kepada kekuatan ekonomi Barat. Melihat kepada isu kebergantungan terhadap China, Jerman cuba merongkaikan pergantungan tersebut dengan mengukuhkan hubungan luarnya dengan negara lain termasuk Malaysia.
Sebaliknya Malaysia mengakui pengaruh China yang semakin berkembang dan menekankan komitmen Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik Malaysia-China, sambil terus melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.
Apa yang menarik ialah Malaysia telah menerima jemputan daripada Canselor Scholz untuk menyertai Climate Club. Secara asasnya, Malaysia menerima baik jemputan ini kerana ianya selari dengan agenda Malaysia khususnya bersangkutan dengan teknologi hijau. Malaysia juga yakin ini dapat dimanfaatkan dengan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti yang boleh dimanfaat oleh warga Malaysia.
Ini akan mengukuhkan profil Malaysia bagi usaha tindakan iklim dan komitmen dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Perjanjian Paris. Tambahan lagi, ini akan mengulangi komitmen untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan (TVET), pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui serta sektor perusahaan kecil sederhana.
Berbalik kepada isu politik ekonomi antara kedua-dua negara, hubungan Malaysia dan Jerman adalah sangat akrab. Ini membolehkan perencanaan ekonomi dilakukan dengan baik. Misalnya Jerman berharap agar Malaysia segera memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) bagi mempergiatkan lagi kerjasama ekonomi.
Dalam masa yang sama, Malaysia meminta kerjasama Jerman yang juga negara utama yang mendominasi Kesatuan Eropah untuk merakamkan kebimbangan Malaysia mengenai impak daripada pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (European Union Deforestation-free Regulation - EUDR) yang menyasarkan komoditi minyak sawit.
Malaysia menghargai kesudian Kerajaan Jerman untuk menjadi negara pengantara dengan Kesatuan Eropah dalam menyampaikan kebimbangan Malaysia serta isu-isu berkaitan dengan MEUFTA serta EUDR. Selain itu, isu penyalahgunaan pendanaan litigasi pihak ketiga (Third Party Litigation Fund - TPLF) diperbincangkan dan Kuala Lumpur meminta agar pihak Jerman dapat menyokong usaha dan inisiatif sediada untuk mengawal selia industri pendanaan litigasi.
Hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya untuk membawa potensi pelaburan ke Malaysia. Misalnya, Malaysia telah meraih potensi pelaburan baru bernilai RM45.4 bilion daripada tujuh syarikat Eropah bagi jangka masa 5 hingga 10 tahun. Projek di bawah Syarikat X-Fab, Melexis dan Schott Glass yang telah diluluskan pada 2023 dengan jumlah pelaburan bernilai RM4.45 bilion juga dijangka menjana sebanyak 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Malah, Malaysia juga memperoleh tambahan RM1.4 bilion daripada Airbus hasil potensi jualan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Jerman dalam sektor aeroangkasa bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Ini adalah sumbangan perbelanjaan import terkumpul Airbus sebanyak RM1.86 bilion kepada ekonomi Malaysia, sepanjang 3 tahun lepas. Jelas tedapat banyak pelaburan berpotensi yang berasaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) termasuklah semikonduktor, aeroangkasa, kimia, peranti perubatan dan teknologi kaca yang menjadi sektor penting yang menyumbang kepada kemajuan industri dalam negara.
Berdasarkan data German Foreign Office, pihak Jerman juga memberi tumpuan kepada kerjasama pendidikan tinggi di Malaysia. Terdapat lebih 114 perjanjian kerjasama antara universiti Jerman dan Malaysia khususnya di dalam bidang sains dan teknologi.
Kerjasama ini telah menyebabkan banyak program ijazah berganda, ijazah dual dan ijazah bersama selain pertukaran pelajar dan staf akademik dilakukan. Malah beberapa institusi Jerman juga aktif mendokong institusi tempatan seperti Goethe Institute dan Konrad-Adenauer-Stiftung.
Secara keseluruhannya, lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Jerman telah mencapai objektifnya dari aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara dan meningkatkan kerjasama perdagangan dan peluang pelaburan untuk Malaysia.
* Artikel oleh Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia.
** Artikel merupakan sudut pandang penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Fri Mar 22 2024
Meskipun tumpuan diberi mengenai situasi di Gaza, matlamat lawatan Perdana Menteri adalah bagi mengeratkan persahabatan akrab antara Malaysia dan Jerman. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.