SITUASI geopolitik dunia terus mencabar. Perang Rusia-Ukraine yang masih berterusan sehingga kini memberi tempias cukup besar kepada banyak negara di seluruh rantau dunia.
Pertikaian dan konflik di Laut China Selatan juga tidak terlepas daripada mencetuskan kebimbangan global. Biarpun ia melibatkan pertikaian kawasan perairan dan sempadan laut, khususnya antara negara ASEAN dan China, namun campur tangan terutama daripada kuasa Barat menjadikan kedudukan konflik ini terus merumit.
Pendirian Malaysia dalam mendepani pelbagai isu geopolitik dunia terus kekal tidak berubah sehingga kini. Masih memposisikan dirinya sebagai sebuah negara berkuasa tengah atau 'middle power'.
Mengambil pendirian berkecuali daripada sikap sepihak sama ada condong kepada kuasa Barat atau kuasa Timur yang diterajui oleh Amerika Syariat (AS) dan Britain serta China dan Rusia.
Kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali ini tidak menggambarkan kita hanya perlu berpeluk tubuh dan berdiam diri dalam mendepani sebarang krisis dan konflik di sekitarnya. Malaysia tetap menggunakan ketegasan suara dan peranannya dalam memastikan hubungan diplomatik sejagat sentiasa dan terus dipelihara.
Untuk itu, kaedah diplomasi atau rundingan dua hala, kebiasaannya membabitkan peranan pemimpin utama negara atau pegawai kanan tertinggi kerajaan digunakan sebagai medium melontar cadangan, berdialog serta mencari penyelesaian terhadap sebarang bentuk konflik yang muncul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke beberapa negara sejak menerajui kerajaan pada November tahun lalu untuk meneruskan kesinambungan ini. Malah, beliau menetapkan indikasi jelas pentadbirannya supaya isu serantau yang masih menghambat dan memberi kesan langsung kepada kepentingan, keselamatan dan kedudukan negara mesti diselesaikan selain kedaulatan wilayah terus dipertahan.
Dalam kunjungan rasminya ke Thailand pada Februari lalu, beliau membangkitkan ketegasan Malaysia untuk tidak membenarkan keganasan atau pertumpahan darah bagi menyelesaikan sebarang konflik di selatan Thailand.
Konflik di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla, tercetus sekitar 2004 itu masih berlarutan sehingga hari ini, biarpun tanpa pertumpahan darah serta pemberontakan yang mengancam nyawa rakyat.
Peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam proses dialog damai bagi menamatkan konflik berpuluh tahun di Selatan Thailand itu menempa beberapa bibit kejayaaan, walaupun ia menempuh proses rundingan yang panjang.
Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang juga kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand kini dalam proses merangka satu draf perjanjian, termasuk gencatan senjata agar rundingan damai dapat diteruskan.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang berlangsung di Labuan Bajo, Indonesia pada Mei lalu, isu rampasan kuasa oleh junta di Myanmar turut diketengahkan Anwar ketika mewakili Malaysia dalam pertemuannya bersama pemimpin utama ASEAN.
Dalam ucapannya, Anwar berkongsi kisah duka yang terpaksa dihadapi negara kesan daripada konflik itu yang meletus sejak Februari 2021. Malaysia terpaksa bergelut dengan kehadiran lebih 200,000 pelarian Burma yang kini berada di sini.
Sehingga kini, Malaysia tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf pemerintahan junta di Myanmar susulan rampasan kuasa tentera pada 2021 itu.
Konsensus Lima Perkara
Malaysia, menurut Anwar menyertai pemimpin serantau lain sepakat mempertahanan prinsip Konsensus Lima Perkara (5PCs) untuk menyelesaikan konflik yang sangat kontroversi dan rumit serta pengurusan bantuan kemanusiaan. Kaedah penyelesaian yang sedang dijalankan itu berdasarkan hukum antarabangsa.
Rundingan dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar juga untuk menggalakkan kemajuan dalam pelaksanaan 5PCs.
Gesaan ini antara agenda penting akan dibangkit Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 5 sehingga 7 September 2023.
Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia akan menyatakan pendirian negara, memastikan gesaan ke arah pelaksanaan 5PCs itu dapat dijayakan dengan lebih berkesan sungguhpun wujud halangan berterusan daripada pihak junta.
Beberapa langkah baru dijangka dapat dimuktamadkan pemimpin utama ASEAN yang berkampung di Jakarta. Langkah seterusnya itu termasuk melibatkan perbincangan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.
Ia penting sebagai tanda keusungguhan ASEAN menyelesaikan konflik sekali gus mengelak isu hak asasi dan kemanusian terus membebani anggota serantaunya.
Gesaan serta ketegasan Anwar agar langkah lebih konkrit dilaksana membabitkan pelbagai isu di rantau ini bukan pertama kali disuarakan beliau. Sebaliknya, pada 1997, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar pernah mengusulkan idea campur tangan konstruktif (constructive intervention) dengan cadangan supaya ahli ASEAN menawarkan galakan bantuan kepada anggota lain sebagai usaha memulihkan kestabilan politik dan ekonomi negara supaya tidak memberi impak kepada rantau ini.
Namun, cadangan itu ditolak majoriti negara ASEAN atas alasan doktrin tidak campur tangan sudah lama diamalkan sejak 1990-an. Doktrin yang terikat dengan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) pada 1976 itu mengakibatkan banyak isu dalaman termasuk konflik di Myanmar ketika ini sukar dan rumit untuk diselesaikan.
Dalam mendepani konflik di Laut Cina Selatan, sungguhpun peranan Malaysia banyak terangkum di bawah suara ASEAN, namun perbincangan tetap dilakukan di peringkat kerajaan dan kerajaan atau G2G, khususnya dengan China.
Ia membolehkan beberapa isu yang melibatkan kepentingan ekonomi negara dibincang dan dimeterai tanpa mengetepikan semangat ASEAN.
Sama seperti negara ASEAN lain yang berdepan konlifk perairan dengan China seperti Filipina, Taiwan, Brunei dan Vietnam, Malaysia juga konsisten dalam mempertahan beberapa kawasan perairan di Laut China Selatan khususnya yang terletak di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Kawasan itu menempatkan aset dan khazanah penting yang menjana pendapatan lumayan buat Malaysia.
Dalam pertemuan empat mata bersama Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang ketika lawatan Anwar ke China pada penghujung Mac lalu, beliau menyatakan ketegasan Malaysia, supaya syarikat petroleum negara, PETRONAS dapat terus melaksanakan kerja-kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan.
Hal sedemikian berbangkit, memandangkan terdapat tuntutan bertindih oleh kedua-dua pihak terutama kebimbangan disuarakan China selepas melihat PETRONAS menjalankan kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang dituntut mereka.
"Saya nyatakan sendiri kepada Presiden dan Perdana Menteri China bahawa Malaysia menganggap ini kawasan Malaysia, maka PETRONAS akan teruskan cari gali di kawasan itu.
"Bagaimanapun, jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan," kata Anwar ketika dipetik pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat April lepas.
Beliau ketika itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai sama ada Perdana Menteri ada berbincang dengan pemimpin China mengenai keselamatan di rantau ini, terutama kehadiran tentera China di Laut China Selatan.
Jika dilihat dari aspek lebih spesifik, dari sudut geografi, Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 kilometer) dari pantai Tanjung Baram, Sarawak berada dalam kawasan perairan ZEE Malaysia. Kawasan itu kaya dengan sumber minyak dan gas.
Apa yang pasti, sungguhpun isu geopolitik dunia serta konflik dan pertikaian serantau memeningkan semua pihak, namun Malaysia di bawah pimpinan Anwar sudah menunjukkan komitmen untuk turut serta meneroka penyelesaian secara bersama di samping menzahirkan ketegasan bahawa setiap inci kedaulatan negara tidak boleh dan tidak akan digugat selama-lamanya.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Tue Sep 05 2023
Pendirian Malaysia dalam mendepani pelbagai isu geopolitik dunia terus kekal tidak berubah sehingga kini. - Gambar PMO
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.