SEPANG: Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, semakan dijalankan berdasarkan satu tangkap layar memaparkan komen yang dilontarkan seorang individu mendakwa merupakan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
"Semakan dijalankan pihak Bukit Aman menerusi telefon bimbit yang digunakan mengesahkan individu terbabit bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"IPD Sepang menafikan sebarang penglibatan anggota seperti dakwaan komen berkaitan dan apa yang dinyatakan menerusi komen tersebut adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, setakat ini hasil semakan pusat media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut mendapati tiada laporan dibuat berhubung dakwaan berkenaan.
"Orang ramai diingatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau hantaran tidak tepat.
"Jangan berkongsi sesuatu hantaran yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegentaran awam," katanya.
Pada Isnin, tular satu hantaran di media sosial berkaitan tangkap layar di salah satu platform memaparkan seorang individu mendakwa sebagai seorang anggota polis.
Komen terbabit dipercayai berkaitan dengan satu hantaran jelik melibatkan Perdana Menteri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Tular satu hantaran di media sosial berkaitan tangkap layar memaparkan seorang individu mendakwa sebagai seorang anggota polis pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Pekerja kilang komen jelik terhadap PM direman dua hari
Seorang pekerja kilang ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
Tiada anggota polis di IPD Sepang dikesan buat komen jelik terhadap PM
Menurut polis, semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan HRMIS, Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja PDRM.
Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor
Seorang suri rumah mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor.