awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompaun RM1,000 bagi kesalahan buang sampah

Bernama
Bernama
01/11/2012
07:25 MYT
Kompaun RM1,000 bagi kesalahan buang sampah
Kompaun maksimum RM1000 akan dikenakan bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.
Beliau berkata walaupun peraturan itu masih belum dikuatkuasakan kerana masih di peringkat mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan di tempat awam, namun bagi individu yang kerap kali diberikan notis amaran bagi kesalahan itu, kes mereka akan diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan.
"Kalau kerap kali seseorang itu melakukan kesalahan itu (diberi notis amaran kerana membuang sampah di tempat awam)...kita akan buka fail siasatan dan diserahkan kepada Peguam Negara. Beliau akan putuskan sama ada untuk mengambil tindakan atau tidak.
"Tetapi buat masa ini kita hanya mahu mendidik orang ramai melalui kempen bagi memberi tahu peranan dan tanggungjawab mereka. Selepas suatu jangka masa, kita akan putuskan untuk menguatkuasa peraturan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen Bulan 3R dan Benci Sampah serta memperkenalkan pakaian seragam anggota penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#buang sampah
#Chor Chee Heung
#Peguam Negara
#RM1000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan