awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy

Bernama
Bernama
20/04/2024
05:10 MYT
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan bantuan berkaitan dengan PAWE akan diberikan tidak lebih RM100,000 setahun kepada komuniti yang menubuhkan rumah warga emas itu. - Foto Bernama
KUCHING: Komuniti setempat di Sarawak digalakkan untuk membuat permohonan bagi penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di kawasan mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Beliau berkata permohonan boleh dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan setiap Parlimen dibenarkan untuk membuka lebih satu PAWE.
"Pusat PAWE ini adalah untuk warga emas berkumpul melakukan aktiviti seperti keagamaan, rekreasi dan juga aktiviti ekonomi seperti perniagaan," katanya kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama kumpulan sasar kementeriannya di sini hari ini.
Nancy berkata selain itu, bantuan berkaitan dengan PAWE juga akan diberikan tidak lebih RM100,000 setahun kepada komuniti yang menubuhkan rumah warga emas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#warga emas
#PAWE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan