KUALA LUMPUR: Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.
Presiden MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata beliau tidak gusar sekiranya perkara itu berlaku kerana mereka sememangya diiktiraf Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) sebagai badan induk tunggal sukan itu di negara ini.
"Siapa pengelola sukan sepak takraw di Malaysia? Kita (MSC)...jika mereka (Pestak) mahu keluar, nak ke mana? Nak pergi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)?
"Perlu diingatkan MSC dapat surat kelulusan sebagai ahli ASTAF dan ISTAF, jadi kedudukan kami ketika ini sangat kuat sedangkan PSM yang ditubuhkan berpuluh tahun disingkirkan dari dua badan induk itu sebelum ini," katanya.
Suhaili berkata demikian selepas perwakilan Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah (Pestak) difahamkan tidak hadir pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), malam tadi.
Mengenai pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai Setiausaha Agung MSC menggantikan Timbalan Presiden Pestak Syed Hussain Syed Abu Bakar, Suhaili tidak melihat itu sebagai satu isu berbangkit.
Beliau juga percaya Syed Hussain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.
"Sejak hari pertama lagi dia (Syed Hussain) tahu lantikan itu dan dia akui memang dia dilantik sementara malah dia di Kedah, kita pula di Kuala Lumpur dan semua mesyuarat di sini, jadi sukar baginya datang melainkan pada hujung minggu," katanya.
Sementara itu, beliau juga tidak melihat Syed Hussain yang dikhabarkan menyertai sebuah bengkel anjuran PSM sebagai satu 'kesalahan'.
"Tiada isu pun kerana PSM masih persatuan berdaftar cuma mereka bukan badan pengelola sukan...kalau dia nak tambah ilmu melalui bengkel tak boleh halang, kita tak ekstrem sehingga berlaku pemecatan," katanya.
Sementara itu, Suhaili berkata EGM yang diadakan lebih menjurus kepada penambahbaikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembagaan MSC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Menurut Suhaili, EGM yang diadakan malam tadi lebih menjurus kepada penambahbaikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembagaan MSC.- BERNAMA
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
Li Jane raih emas kejohanan boling siri jelajah PWBA
Pemain boling wanita negara Sin Li Jane meraih pingat emas di kejohanan boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Tagal reda, bersyukur anak meninggal ketika berkhidmat untuk negara
Bapa mendiang Mutang Tagal, Tagal Padan reda seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara.
PMX, Presiden Azerbaijan bantu bawa pulang Mutang ke Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi komunikasi beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha membawa pulang Datul Mutang Tagal yang jatuh sakit di Azerbaijan.
Majlis penghormatan terakhir mendiang Mutang Tagal
Jasad yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Mutang Tagal dibawa ke Gereja Bem, Jalan Airport Miri bagi upacara penghormatan terakhir.
Konfederasi Sepaktakraw Malaysia kukuh, tak 'goyang' - Presiden
Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.
MSC tunggu MOM buka pintu sebagai ahli gabungan
MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.