Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Subsidi bahan api melonjak susulan harga global - Amir Hamzah

BATU KAWAN, 22 Sept — Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika ditemubual pemberita pada Program Jelajah Belanjawam 2026 di Broadcom Inc hari ini.  — fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Amir Hamzah (foto) berkata kenaikan mendadak harga minyak global memberikan implikasi langsung terhadap perbelanjaan kerajaan kerana harga runcit petrol dan diesel masih dikekalkan bagi melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup. -Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Subsidi bahan api negara meningkat ketara susulan lonjakan mendadak harga minyak mentah dunia akibat konflik yang memuncak di Asia Barat, dengan perbelanjaan subsidi petrol dianggarkan naik kepada kira-kira RM2 bilion berbanding sekitar RM700 juta sebelum ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kenaikan mendadak harga minyak global memberikan implikasi langsung terhadap perbelanjaan kerajaan kerana harga runcit petrol dan diesel masih dikekalkan bagi melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.

Advertisement

Beliau menjelaskan bahawa harga minyak penanda aras Brent melonjak ketara dalam tempoh dua minggu.

“Kalau kita pakai Brent sebagai penanda aras, telah naik daripada AS$60 setong dan mencecah setinggi AS$119 setong, dan kini adalah sekitar AS$100 setong,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat khas Jemaah Menteri, di sini, hari ini.

Kerajaan setakat ini mengekalkan harga petrol dan diesel bagi memastikan kestabilan kos pengguna, meskipun harga pasaran global terus meningkat ke paras tertinggi sejak beberapa tahun.

Konflik di Asia Barat memuncak selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara tanpa provokasi ke atas beberapa lokasi strategik di Iran pada 28 Februari lalu, yang turut menyebabkan kematian Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei.

Serangan itu mencetuskan siri tindakan balas, termasuk operasi ketenteraan Iran ke atas beberapa sasaran berkaitan Amerika Syarikat dan aset sekutu di rantau Teluk.

Ketegangan itu mengakibatkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan minyak dunia, khususnya selepas Iran dilaporkan mengehadkan laluan kapal pengangkut minyak di Selat Hormuz—laluan strategik bagi kira-kira 20 peratus bekalan minyak global.

Krisis tersebut terus menekan harga pasaran minyak mentah global, sekali gus meningkatkan kos subsidi ditanggung kerajaan.

Must Watch Video