awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik pemilihan PKR, bunyinya seperti BN - Zuraida

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
29/10/2018
04:45 MYT
Konflik pemilihan PKR, bunyinya seperti BN - Zuraida
Zuraida turut membidas mengenai isu pengundian di Kuala Selangor dalam pemilihan PKR 2018 semalam.
Menunggu aduan berhubung politik wang dalam pemilihan PKR tidak ubah seperti Kerajaan Barisan Nasional, kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida yang merupakan calon naib presiden berkata amat jelas Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR harus lebih proaktif mengambil tindakan daripada hanya menunggu aduan dilakukan.
“Bunyinya seperti kerajaan BN hanya tunggu laporan dan ambil tindakan.
“Amat jelas kita kena bertanggungjawab dalam pemilihan ini. Jangan beritahu yang anda biarkan dalang terlepas,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin, Dr Syed Husin Ali berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan tanpa aduan rasmi kerana ia memerlukan bukti kukuh.
Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai politik wang.
Sementara itu, Zuraida turut membidas mengenai isu pengundian di Kuala Selangor dalam pemilihan PKR 2018 semalam.
Zuraida berkata pengesahan polis berhubung penemuan ‘jammer’ yang dikenali sebagai alat menghalang isyarat internet disifatkan satu perbuatan sabotaj.
Beliau berkata PKR seperti dalam sindrom penafian kerana masih tidak melakukan sebarang tindakan walaupun pelbagai laporan pelanggaran dan konflik berlaku dalam pemilihan.
“Parti kena ambil tindakan mereka tidak boleh terus berada dalam sindrom penafian," kata Zuraida.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#konflik
#Kuala Selangor
#Pemilihan PKR 2018
#PKR
#polis
#politik wang
#sabotaj
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan