awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/06/2023
09:04 MYT
Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar
Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran 'Orientalism Paintings' hari ini. Turut kelihatan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat konglomerat diseru untuk memanfaatkan keuntungan bagi menyokong industri seni dan sastera dalam negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seperti mana sokongan terhadap bidang-bidang lain termasuk pendidikan, syarikat-syarikat besar itu juga perlu mengambil peluang sama bagi memajukan industri seni.
“Seperti mana saya gesa, ada usaha dalam pelbagai bidang pendidikan, seni, teater untuk (syarikat besar) (memberikan) dokongan.
“Kalau kita ada 30 konglomerat beri sokongan dalam pelbagai bidang, itu akan memperkayakan seni, sastera, budaya serta pendidikan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? di Muzium Kesenian Islam, di sini.
Hadir sama ialah Pengerusi Yayasan Al Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Al Bukhary.
[TERKINI] Majlis perasmian pameran Orientalism Paintings
Mengulas lanjut, Anwar berkata pameran yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia ini adalah antara yang terbesar di dunia.
Justeru, beliau berharap masyarakat mengambil peluang untuk mengunjungi pameran berkenaan.
“Mungkin ramai tidak tahu tentang pameran ini, ia agar unik kerana belum dapat dihebahkan dan dipersembahkan di mana-mana dunia melainkan di muzium London, itu pun pada skala kecil.
“Skala besar, ini yang pertama yang pernah diadakah di dunia.
“Jadi sewajarnya masyarakat menggunakan peluang ini kerana kalau di tempat lain, kosnya terlalu tinggi,” tambah Perdana Menteri.
Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? merupakan sebuah kisah mengenai hubungan antara Eropah, Amerika dengan dunia Timur yang telah diterokai oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia sejak 15 tahun lalu.
Pameran istimewa koleksi lukisan-lukisan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 ini belum pernah diperlihatkan di luar Eropah, mahupun Amerika.
Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan antara pemilik koleksi lukisan orientalis terbesar di dunia.
Topic Berkaitan
#konglomerat
#Anwar Ibrahim
#industri seni dan sastera
#Mokhtar Syed Al Bukhary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan