KUALA LUMPUR: Kesanggupan individu berkongsi kata laluan atau nombor pengenalan peribadi (PIN) akaun bank dengan kawan rapat boleh meningkatkan risiko penipuan dalam talian, termasuk diperalatkan sebagai 'akaun keldai' sama ada secara sedar atau tidak sedar, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan 2021 oleh BNM, satu daripada tiga individu menyatakan mereka sanggup berbuat demikian, manakala hampir dua daripada tiga individu tidak memberikan perhatian pada ciri keselamatan laman sesawang sebelum melakukan transaksi dalam talian.
"Kesannya, individu lebih mudah diperdaya untuk memberikan maklumat perbankan mereka melalui laman sesawang palsu yang membolehkan penipu menggunakan maklumat tersebut untuk melakukan penipuan.
"Penggunaan peranti dan aplikasi mudah alih yang kurang teliti juga telah menyebabkan individu menjadi mangsa penipuan seperti pancing data (phishing), penggodaman dan kecurian data," kata Timbalan Gabenor Jessica Chew dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Bulan Literasi Kewangan 2022 (FLM2022) menerusi inisiatif Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) pada 1 Okt lepas.
FLM2022 merupakan acara utama tahunan FEN untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai isu-isu kewangan penting dan menambah baik tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia sementara FEN adalah platform antara agensi yang dipengerusikan bersama BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Dalam pada itu, FLM2022 akan berlangsung sepanjang bulan Okt 2022, bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan pendidikan kewangan, terutamanya tentang celik kewangan digital.
"Perbincangan 'Sembang dan Sebar' semasa program jelajah ini akan memberikan tumpuan pada modus operandi penipuan kewangan terkini dan konsep 3S (Soal, Sekat dan Sebar) untuk melindungi rakyat daripada penipuan kewangan.
"Selain itu, ia akan mempertingkatkan kesedaran mengenai e-pembayaran dan kepentingan insurans dan takaful, terutamanya inisiatif Perlindungan Tenang, yang menyasarkan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan," kata BNM.
Selain program jelajah, ahli-ahli FEN serta rakan strategik akan menganjurkan pelbagai program lain antaranya Pameran FLM2022, Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan, sesi khidmat nasihat perancangan kewangan #FINPLAN4U, dan ceramah Minggu Literasi Kewangan tentang pelbagai topik termasuk celik kewangan digital.
Sepanjang FLM2022, bas FEN Mobile akan menjelajah ke 61 lokasi di seluruh negara dari kawasan pusat bandar ke kawasan luar bandar.
Orang ramai juga boleh mendapatkan bantuan untuk pendaftaran e-CCRIS bagi mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian.
Maklumat mengenai lokasi bas dan jelajah boleh didapati menerusi www.fenetwork.my. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Bank Negara Malaysia beri amaran kesanggupan individu berkongsi kata laluan atau nombor PIN akaun bank dengan kawan rapat boleh meningkatkan risiko penipuan dalam talian, termasuk diperalatkan sebagai 'akaun keldai'. - Gambar hiasan
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
KKM beri jaminan dedah data aefi vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Satu daripada tiga rakyat Malaysia kongsi kata laluan perbankan
Lebih 70 peratus rakyat di negara ini tidak mengendahkan faktor keselamatan ketika berurusan di platform kewangan digital.
Netflix bakal kenakan caj tambahan RM13 sebulan untuk perkongsian akaun
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut menjelaskan bahawa akaun Netflix seharusnya digunakan dalam sebuah alamat kediaman yang sama.
Kongsi kata laluan akaun bank dengan kawan rapat tingkat risiko penipuan - BNM
Jika terlalu percaya kawan rapat, padah menanti termasuk diperalat sebagai 'akaun keldai'.