awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera

Hilal Azmi
Hilal Azmi
30/11/2016
08:34 MYT
Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera
Runtuhan konkrit tersebut dikhuatiri runtuh pada jam 3.33 petang hari ini. - Sumber foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sekurang-kurangnya satu mayat telah berjaya dikeluarkan dari tapak nahas konkrit runtuh di kawasan pembinaan berdekatan KL Eco City di Bangsar yang berlaku sekitar jam 3.30 petang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Shahrul Othman Mansor turut mengesahkan empat yang lain cedera manakala dua lagi masih tertimbus setakat jam 7 petang tadi.
Kesemua yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sementara itu dilaporkan mayat yang ditemui dikenalpasti sebagai seorang seorang pekerja kontrak warga Vietnam berusia 21 tahun yang maut di lokasi kejadian.
Manakala mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam.
Kenyataan awal oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) menyebut tiga dari yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.
Seramai 23 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah dan Seputih tiba di lokasi insiden sekitar jam 3.41 petang.
Penerangan ringkas kejadian struktur jejambat runtuh dekat KL Eco City @501Awani pic.twitter.com/nQLMOZYxxi
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) November 30, 2016
Situasi semasa ketika ini di lokasi kejadian struktur jejambat runtuh @501Awani pic.twitter.com/E8yzboeva7
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) November 30, 2016
Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati runtuhan setinggi dua tingkat jatuh dan menimpa pekerja pembinaan.
Kemalangan turut menyebabkan beberapa laluan di ibu negara sesak.
Jalan sesak menghala ke Midvalley @501Awani pic.twitter.com/UqwZUMsG8V
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) November 30, 2016
Sementara itu, pemaju projek berkenaaan SP Setia berkata pihaknya masih sedang menilai situasi keadaan dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.
"Jumlah terkorban masih belum dapat ditentukan. Seorang pekerja disahkan terkorban ketika kenyataan dikeluarkan. Kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut berikutan siasatan masih dijalankan. Kami kesal terhadap insiden yang berlaku dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan SP Setia.
Sumber foto JBPM
Imej pekerja pembinaan yang ditimpa runtuhan konkrit di kawasan pembinaan di KL Eco City pada petang Rabu. - Foto JBPM
Topic Berkaitan
#Kampung Abdullah Hukum
#KL Eco City
#konkrit runtuh
#PGOKL
#SP Setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan