awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert antarabangsa: Islam tidak antihiburan, tapi perlu ada batasan, kata Menteri Agama

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
01/09/2022
09:41 MYT
Konsert antarabangsa: Islam tidak antihiburan, tapi perlu ada batasan, kata Menteri Agama
Agama Islam menghormati prinsip dan hak semua pihak, namun ia perlu ada batasan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. - Gambar fail
TAIPING: Agama Islam menghormati prinsip dan hak semua pihak, namun ia perlu ada batasan.
Itu yang ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai maklum balas kepada pihak yang mempertikaikan bantahan penganjuran konsert antarabangsa di negara ini.
Menurut beliau, Islam tidak menghalang hiburan ataupun aktiviti sosial, namun, ia perlu berlangsung dengan tidak melanggar sebarang norma agama.
“Islam tidak antihiburan, tidak antisosial, akan tetapi perlu ada hadnya. Sepertimana Islam tidak anti orang makan atau minum, sebaliknya, perlu ada batasan apa yang boleh dimakan, apa yang boleh diminum.
“Jangan anggap semua nak kebebasan. Kalau nak ada kebebasan, kita tidak perlukan undang-undang. (Seperti di jalan raya) kita pula tidak perlukan lampu isyarat, biar semua ikut cara masing-masing.
“Kalau nak cakap soal kebebasan, jangan cakap pada setengah benda sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan tunai RM600 seorang kepada 11 mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak yang mempersoalkan bantahan penganjuran konsert-konsert antarabangsa di negara ini.
Isu penganjuran konsert antarabangsa itu mula menjadi kontroversi susulan persembahan penyanyi dari Amerika Syarikat, Billie Eilish pada 18 Ogos lalu di Stadium Bukit Jalil yang mendapat bantahan umat Islam di negara ini.
Antara pihak membantah konsert artis luar itu termasuklah Gerakan Belia 4B Kebangsaan yang menyelar Mesyuarat Pusat Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert itu meskipun penyanyi terbabit dikenali sebagai penyokong rejim Israel dan gerakan songsang LGBT.
Topic Berkaitan
#konser antarabangsa
#Billie Eilish
#Islam
#antihiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan