awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam

Gempak
Gempak
21/06/2023
05:33 MYT
Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay juga diumumkan menjadi band pertama yang akan beraksi selama enam hari di Stadium Nasional Singapura. - Gempak
BUKAN empat, bukan lima, tapi enam hari! Mungkin berita ini membuat ramai yang geleng kepala tapi itulah hakikatnya apabila penganjur konsert Coldplay di Singapura, Live Nation mengumumkan band itu akan mengadakan konsert selama enam hari di republik tersebut.
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Bagaimanapun selepas melihat lebih 100,000 tiket terjual dan habis, Live Nation kemudian menambah satu hari pada 30 Januari 2024 menjadikan lima hari Coldplay akan menghiburkan peminatnya.
Terkini, penganjur mengumumkan telah menambah sehari lagi iaitu 31 Januari sekali gus menjadikan enam hari Coldplay akan beraksi dalam konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour.
Penganjur malah mengumumkan konsert pada hari keenam juga telah habis terjual hanya dalam tempoh dua jam.
“Kesemua tiket konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour yang akan diadakan di Singapura selama enam hari sudah habis terjual,” tulis kenyataan yang dikemas kini di akaun media sosial Live Nation.
Coldplay juga diumumkan menjadi band pertama yang akan beraksi selama enam hari di Stadium Nasional Singapura.
“Coldplay akan menjadi band pertama yang tampil selama enam hari di Stadium Nasional Singapura,” kata mereka lagi di Twitter.
Band yang cukup popular dengan lagi Fix You itu terlebih dahulu akan mengadakan konsert buat pertama kali di Malaysia pada 22 November tahun ini. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Coldplay
#konsert Singapura
#Live Nation
#konsert di Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan