SEPANG: Tiada kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet dan kontinjen Malaysia yang berada di Perkampungan Olimpik di Tokyo, Jepun ketika ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Beliau berkata, kontinjen negara yang tiba di Negara Matahari Terbit itu pada Ahad lepas kini dalam fasa menyesuaikan diri masing-masing dan atlet juga telah memulakan latihan ringan.
"Atlet kita semua okey. Kita ada pegawai di sana (Tokyo) yang memantau keadaan mereka dan setakat ini tiada sebarang kes (COVID-19) yang berjangkit kepada atlet kita," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) mega Movenpick KLIA, di sini hari ini.
Media melaporkan terdapat 71 kes COVID-19 dikesan membabitkan temasya sukan berprestij itu.
Kontinjen Malaysia seramai 40 orang termasuk 18 atlet daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo pada Sabtu lepas bagi mengharungi cabaran temasya sukan terbesar dunia itu yang bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Empat atlet pelayaran yang diiringi tiga pegawai bertolak ke Tokyo pada 8 Julai lepas manakala kumpulan seterusnya yang terdiri daripada atlet sukan berbasikal trek, olahraga dan golf dijangka berlepas pada 25 Julai ini.
Mengenai kenyataan Ketua Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo Toshiro Muto yang tidak menolak kemungkinan temasya itu dibatalkan pada saat-saat akhir seandainya kes COVID-19 terus meningkat, Wan Ahmad Fayhsal berkata Malaysia akan memantau situasi itu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 470 pekerja industri sukan telah berdaftar sebagai sukarelawan di bawah Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac).
MyVac yang dilancarkan pada Mac lepas merupakan inisiatif kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu melancarkan pengurusan pemberian vaksin kepada masyarakat.
Menurut Wan Ahmad Fayhsal, seramai 106 sukarelawan MyVac ditempatkan di PPV mega Movenpic KLIA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Kontinjen Malaysia seramai 40 orang termasuk 18 atlet daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo pada Sabtu lepas. - Bernama
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara
Kesemua empat wakil perseorangan lelaki badminton negara membuka tirai kempen Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China dengan langkah kanan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari pertama.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Setelah cemerlang di Sukan Asia, AoV intai pentas Olimpik
Pasukan e-sukan Malaysia Arena of Valor (AoV) berharap acara e-sukan akan dipertandingkan di pentas Olimpik pada masa akan datang.
'Alhamdulillah... Allah selamatkan saya' - Azizulhasni
Datuk Azizulhasni Awang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam
Atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini.
Projek RTG: Pandelela harap khidmat sokongan disediakan semula
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.