awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Helloween kembali gegar Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-40
MALAYSIA
Madu mengaku tidak bersalah ugut, simpan gambar lucah guru
MALAYSIA
Empat individu termasuk dua pemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kontrak Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tamat semalam - Felda

Bernama
Bernama
01/07/2025
01:30 MYT
Kontrak Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tamat semalam - Felda
Menurut Felda, sepanjang dua tahun menerajui Felda, Ahmad Shabery memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak syarikat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan kontrak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusi telah pun tamat, berkuat kuasa semalam.
Menurut kenyataan Felda, tugas rasmi terakhir beliau adalah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Felda pada semalam.
"Sepanjang dua tahun menerajui Felda, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak syarikat, terutama dalam mempercepat penyahsenaraian FGV Holdings Berhad sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij Felda.
"Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan 'Segalanya Felda' yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti," menurut kenyataan itu.
Pengurusan dan seluruh warga Felda merakamkan penghargaan terhadap jasa, bakti dan kepimpinan Ahmad Shabery sepanjang memegang jawatan Pengerusi Felda.
Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Felda
#Pengerusi Felda
#kontrak tamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami