awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor cedera akibat tanah runtuh patuh SOP - IWK

Bernama
Bernama
25/07/2022
13:09 MYT
Kontraktor cedera akibat tanah runtuh patuh SOP - IWK
IWK memaklumkan pekerja berkenaan telah mengikuti SOP dengan mengamalkan langkah kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan. - Gambar fail/ JBPM
JOHOR BAHRU: Pekerja kontraktor pembersihan pembetungan yang cedera selepas terperangkap dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja pembaikan tangki septik di Sekolah Menengah (SM) Sains Kota Tinggi dekat sini petang semalam, didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan pekerja berkenaan telah mengikuti SOP dengan mengamalkan langkah kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
"Syarikat itu memaklumkan pihaknya sentiasa memastikan SOP dalam kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan kumbahan sentiasa dipatuhi, selain menjadikan aspek keselamatan serta kesejahteraan pekerja sebagai keutamaan.
"Sehubungan itu, IWK berasa kesal dengan kejadian menimpa seorang pekerja kontraktor semalam yang terperangkap dalam runtuhan tanah yang berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan rutin loji kumbahan di SM Sains Kota Tinggi," menurut kenyataan itu.
BACA: Lelaki terperangkap dalam tanah runtuh selamat
Semalam, seorang lelaki dilaporkan cedera selepas terperangkap kira-kira empat jam dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja-kerja pembaikan tangki septik di sebuah sekolah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dilapor berkata insiden berlaku apabila tanah di tepi tangki loji kumbahan itu runtuh atau jerlus sehingga mengakibatkan lelaki tempatan berusia 44 tahun itu tertimbus hingga ke paras pinggang, manakala tiga yang lain sempat menyelamatkan diri.
"Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#pekerja terperangkap
#Johor
#SM Sains Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan