SEPANG: Seorang kontraktor pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan tiga wanita di kawasan pusat komersil Tamarind Square di Cyberjaya pada Disember tahun lepas dan bulan ini.
Tertuduh Fariz Sollehim Mohamed, 20, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Majistret Sepang di sini.
Dia didakwa melakukan cabul pada 21 Dis lepas pada pukul 11.46 pagi di tempat letak kereta Tamarind Square terhadap seorang wanita berumur 32 tahun dan dua lagi kes cabul pada 5 April lepas di tempat sama terhadap dua wanita, masing-masing berumur 35 tahun dan 27 tahun.
Lelaki yang berasal dari Selangor itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ibu bapa tertuduh kelihatan sedih ketika mengikuti prosiding tersebut.
Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, serta tidak mengganggu mangsa dan saksi kejadian.
Mahkamah menetapkan 30 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Fariz Sollehim Mohamed, 20, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Majistret Sepang. - Gambar hiasan

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

MEF: Biar industri tentukan aturan kerja fleksibel berdasarkan keperluan perniagaan
Aturan Kerja Fleksibel (AKF) tidak sewajarnya ditentukan kepada perniagaan, sebaliknya, industri perlu membuat penetapan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Ibu kandung didakwa benarkan anak perempuan dicabul paderi
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan membenarkan anak perempuannya dianiaya secara seksual oleh seorang paderi di Bentong.

Bekas ADUN Bersatu didakwa cabul wanita
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan.

Penjaga stor didakwa empat pertuduhan amang seksual
Tertuduh didakwa atas empat pertuduhan kesalahan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dan seorang wanita bulan lalu.

Pengawal keselamatan cabul kanak-kanak di sekolah dihadap ke mahkamah
Ab Rashid Abdullah, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Pengetua dilepas, dibebas tuduhan amang seksual fizikal empat pelajar
Keterangan semua saksi yang tidak konsisten menyebabkan mahkamah membebaskan tertuduh.

Lelaki mengaku tidak bersalah dakwaan cabul kanak-kanak dalam lif
Lelaki berusia 30-an itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Polis tahan pemandu e-hailing cabul penumpang wanita
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada jam 1.30 pagi.

Penganggur dihukum penjara 11 tahun, bersalah cabul kanak-kanak dan milik senjata
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Edry Shah Rimiey Ghani selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan.

Penghantar makanan didenda RM4,000 cabul wanita Indonesia
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berkenaan pada 20 April lepas di Jalan Bukit Gambir, Gelugor.