GEORGE TOWN: Seorang kontraktor penyelenggaraan dan anak saudaranya dihadapkan ke mahkamah majistret di sini pada Rabu kerana bergaduh di tempat awam.
Tertuduh, Eww Boon Par, 55 dan Adam Tan Aik Kah, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.
Mengikut pertuduhan, Boon Par dan Aik Kah dituduh bergaduh serta bertengkar di hadapan Maga Restaurant (sebelah snooker) di Jalan Van Praagh, Jelutong.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.30 petang, 1 Jun lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ng Ziyang.
Syairah Aqilah kemudiannya menawarkan jaminan RM1,000 bagi setiap tertuduh.
Ziyang dalam rayuan memohon agar kedua-dua anak guamnya diberikan jaminan yang minimun berikutan mempunyai tanggungan keluarga.
"Saya mohon kurangkan jaminan terhadap Boon Par kerana tertuduh sudah berusia 55 tahun dan telah bercerai.
"Bagaimanapun, dia perlu menjaga seorang anaknya. Selain itu, dia juga mengidap beberapa jenis penyakit antaranya tiroid dan kolesterol tinggi.
"Sementara itu, bagi Aik Kah pula, dia hanya bekerja sebagai pembantu gerai. Walaupun belum berkahwin, dia perlu menanggung kedua-dua ibu bapanya yang sudah tua.
"Mohon kedua-dua anak guam saya diberi jaminan yang rendah," tambahnya.
Mohamad Azlan kemudiannya menetapkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Kes ditangguh sehingga 22 Julai untuk serahan dokumen dan tarikh jatuh hukum terhadap kedua-dua tertuduh.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dan anak saudaranya ditahan selepas didapati bergaduh di sebuah kedai makan di Jelutong di sini, pada 1 Jun lalu.
Hasil siasatan polis mendapati, pergaduhan itu berpunca apabila lelaki tersebut yang berada di bawah pengaruh alkohol telah membuat kacau di kedai makan tempat anak saudaranya bekerja.
Tindakan lelaki itu telah menimbulkan kemarahan anak saudaranya menyebabkan anak saudaranya telah memukulnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 05 2024
Aik Kah (kiri) dan Boon Par mengaku bersalah bergaduh di tempat awam pada 1 Jun lalu. -Foto Sinar Harian
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kontraktor penyelenggaraan, anak saudara mengaku salah gaduh di tempat awam
Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.