awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini

Bernama
Bernama
05/04/2024
09:10 MYT
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Ahmad berkata daripada keseluruhan nilai projek pembangunan itu, RM90 bilion merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan Persekutuan manakala RM90 bilion lagi daripada sektor swasta.
KUCHING: Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata daripada keseluruhan nilai projek pembangunan itu, RM90 bilion merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan Persekutuan manakala RM90 bilion lagi daripada sektor swasta.
Projek-projek itu antaranya melibatkan pembinaan bangunan, jalan, jambatan serta kerja-kerja penyelenggaraan.
"Oleh sebab itu, negara memerlukan kontraktor yang berkualiti bagi memastikan kejayaan industri pembinaan negara yang melibatkan peruntukan besar. Semua ini harus dibina oleh kontraktor berkualiti, berilmu dan berkemahiran," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs (ACE) Wilayah Sarawak di sini, hari ini.
ACE merupakan program hasil inisiatif kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Program itu bertujuan melahirkan usahawan kontraktor alaf baharu yang berpengetahuan, berkualiti, kompeten, berdaya saing dan berupaya memacu industri pembinaan Malaysia.
Sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk program itu dengan sasaran seramai 300 peserta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#projek pembangunan
#Kontraktor
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan