ALOR GAJAH: Wang simpanan seorang kontraktor berjumlah RM146,313.60 lesap dalam tempoh tiga hari akibat diperdaya sindikit pelaburan bitcoin yang tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ia bermula apabila lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diklankan di Facebook pada 26 Disember lepas, menawarkan tiga pakej pelaburan bitcoin dikenali sebagai 'basic', 'premium' serta 'gold'.
Beliau berkata bagi pakej 'basic', modal yang diperlukan untuk membuat pelaburan bitcoin ialah RM300 dan pelabur kononnya akan mendapat pulangan pelaburan antara RM8,000 hingga RM12,000 dalam masa tiga jam.
Bagi pakej premium pula, modal yang diperlukan adalah RM1,000 dengan tawaran pulangan pelaburan antara RM18,000 hingga RM25,000 dalam tempoh enam jam, manakala bagi pakej 'gold' modalnya RM1,800 dengan pulangan antara RM30,000 hingga RM50,000.
Arshad berkata ekoran terpedaya dengan tawaran lumayan, lelaki itu kemudiannya membuat 12 transaksi pemindahan wang ke sembilan akaun bank yang diberi suspek berjumlah RM146,313.60 dalam tempoh tiga hari bermula Rabu lepas.
Dalam kenyataan di sini hari ini Arshad berkata lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Rumbia dekat sini semalam, selepas menyedari ditipu apabila dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pelaburannya itu.
"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan terlalu lumayan yang ditawarkan dalam talian, dan dinasihatkan segera menelefon Pusat Respon Scam Kebangsaan di talian 997 (apabila merasakan tertipu) agar wang yang dipindahkan ke akaun sindiket penipuan dapat disekat dengan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Mangsa menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diklankan di Facebook pada 26 Disember lepas. - Gambar hiasan
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 41 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi tip serta informasi berkaitan saham Malaysia.
Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan
Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Peniaga warga emas rugi lebih RM130,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Mangsa telah menyertai pelaburan itu serta belajar mengenai pelaburan bitcoin daripada individu dikenali sebagai Small Strawberry secara dalam talian.
Lima golongan berduit di mata scammer
Golongan wanita di negara ini direkodkan sebagai paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer.
Warga emas rugi hampir RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan "Navicap".
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
Peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Seorang peniaga kedai makan kerugian lebih RM400,000 akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital bitcoin di Facebook.