ALOR SETAR: Seorang kontraktor wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan menipu rakannya dengan tawaran pelaburan kotak pembungkusan barangan tidak wujud membabitkan kerugian RM202,430, dari Oktober 2018 hingga Februari 2019.
Zahanim Jaafar, 49, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Aida Husna Ismail, 36, di Pinggiran 8 Belleza Garden Home, Kolej Height Utara, Jitra pada 25 Oktober 2018 hingga 17 Febuari 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun maksimum 10 tahun serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan dia didakwa memperdaya Aida sehingga mendorong mangsa membuat 44 transaksi pindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza yang diberikan tertuduh berjumlah RM202,430.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mastura menawarkan ikat jamin RM6,000, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikurangkan kerana tiada pekerjaan ketika ini.
Nurshahida bagaimanapun menetapkan jaminan RM3,000.
Mahkamah menetapkan 2 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Wed Sep 14 2022
Mengikut pertuduhan Zahanim (tengah) didakwa memperdaya Aida sehingga mendorong mangsa membuat 44 transaksi pindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza yang diberikan tertuduh berjumlah RM202,430. - Foto Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tipu pelaburan lebih RM85 juta: Bekas perunding syarikat kewangan diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansor, 54.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta
Lelaki berumur 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Kota Setar, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Kontraktor wanita mengaku tidak bersalah tipu pelaburan RM202,430
Seorang kontraktor wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan menipu rakannya dengan tawaran pelaburan.
Ahli perniagaan menipu dijatuhi hukuman penjara 92 tahun, 44 sebatan
Tertuduh mengaku bersalah tipu 52 mangsa dalam pelaburan baja dan penamanan kelapa sawit.