awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi hampir dihanyutkan banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2023
13:33 MYT
Konvoi motosikal berkuasa tinggi hampir dihanyutkan banjir
Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing. - Gambar/ Sinar Harian
MERSING: Sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura berdepan detik cemas apabila beberapa motosikal yang dinaiki hampir dihanyutkan banjir di Jalan Nitar, Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pada tengah hari Rabu itu, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.
Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.
"Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang ditunggang ada yang rosak.
"Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.
"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.
Sebelum itu tular video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir johor
#konvoi motosikal
#hanyut
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan