awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2024
09:15 MYT
Konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung
Penunggang motosikal lelaki berusia 34 tahun dan pemandu lelaki berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
PAPAR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun dan pemandu lelaki berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.
Dipercayai, penunggang motosikal tersebut dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu bersama kumpulan konvoi selepas menghadiri menghadiri Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Kawasaki dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara.
"Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau dan ketika kejadian dia berada di lorong laju sebelah kanan.
"Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan tiba berada di lorong bertentangan yang telah membuat pusingan U secara mengejut dan dilanggar oleh penunggang motosikal tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, akibat daripada itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Papar.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk proses pengecaman dan bedah siasat," katanya.
Kamaruddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat terhadap mangsa kemalangan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal kuasa tinggi
#kemalangan maut
#Sabah
#Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan