awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Konvoi Suzuki Ayuh Malaysia’

Astro Publication
Astro Publication
02/01/2015
03:36 MYT
‘Konvoi Suzuki Ayuh Malaysia’
Sewaktu perlawanan final Piala Suzuki diantara Malaysia dan Thailand tempoh hari, pihak Suzuki Malaysia Automobile (SMA) turut memeriahkan suasana dengan membawa 150 pelanggan dan peminat Suzuki di dalam satu konvoi yang melibatkan lebih 50 buah kereta pelbagai model.
Peserta-peserta konvoi yang datang daripada seluruh negara terlebih dahulu berkumpul di pusat servis Setia Gemilang Auto di Shah Alam sebelum bergerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Keiichi Suzuki, pengarah urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. berkata, “Kami menganjurkan ‘Konvoi Suzuki Ayuh Malaysia’ dan aktiviti-aktiviti berkaitan untuk menunjukkan penghargaan kepada sokongan kuat yang kami terima daripada pelanggan. Semangat patriotik dan kesungguhan mereka mencerminkan semangat Suzuki juga.”
Peserta-peserta termasuk dua adik-beradik daripada Puchong , Selangor iaitu Prakash dan Yoganraj Rajasekharan; serta pasangan suami isteri Mohd Faidzal Surep dan Effa Izuan Abdul Jabar daripada Batu Pahat memang menghargai langkah SMA ini. “Kami sangat gembira untuk menyertai Konvoi AFF Piala Suzuki ini kerana dapat melihat serta menyokong pasukan Harimau Malaya di dalam perlawanan akhir; ia satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan,” kata Prakash, yang memandu sebuah Suzuki Swift.
Mohd Faizal (gambar di bawah) yang memiliki sebuah Suzuki Swift Sport pula berkata, “Kami datang jauh daripada selatan tanahair kerana kami adalah peminat Suzuki dan kami juga tidak mahu melepaskan peluang melihat perlawanan akhir ini secara langsung. Walaupun Malaysia tidak memenangi Piala Suzuki ini, kami berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sangat gembira dapat menyumbang sokongan kami kepada pasukan Harimau Malaya.” Sejurus sebelum sepak-mula, Suzuki juga menjalankan salah satu lagi program tanggungjawab sosial mereka dengan menjemput 23 orang kanak-kanak daripada Sekolah Kebangsaan Sg. Judah, iaitu sekolah untuk Orang Asli di Pulau Carey, Selangor, sebagai pengiring pemain-pemain kedua-dua pasukan berjalan ke atas padang. Keiichi Suzuki, mewakili SMA, turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan anugerah Pemain Paling Berharga kejohanan AFF ini yang dimenangi Chanathip Songkrasin daripada pasukan Thailand.
Topic Berkaitan
# DRB
# SMA
#Suzuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan