MALAYSIA
Korner Bistro Santai tarik ramai pelanggan dengan sajian klasik, saluran sukan Astro

Wong Chee Hung berkata meskipun Korner Bistro baru beroperasi selama lapan bulan namun sambutan diterima amat memuaskan apabila pelanggan menggemari menu autentik hasil air tangannya sendiri. - Foto Astro AWANI
PULAU PINANG: Korner Bistro di Bayan Lepas di sini menawarkan pelbagai menu makanan fusion gabungan masakan Itali dan Barat kepada para pelanggan yang mahu menikmati sajian klasik dalam suasana santai.
Ringkasan AI
- Korner Bistro di Bayan Lepas Pulau Pinang menawarkan pelbagai menu makanan fusion gabungan masakan Itali dan Barat kepada para pelanggan yang mahu menikmati sajian klasik dalam suasana santai.Selain itu, bistro ini turut dilengkapi dengan saluran Astro BizOne yang menjadi tarikan utama para pelanggan, terutamanya ketika siaran langsung sukan.Menurut Pengurus Operasinya, Wong Chee Hung, meskipun baru lapan bulan beroperasi namun sambutan diterima amat memuaskan apabila pelanggan menggemari menu autentik hasil air tangannya sendiri.
Katanya, sebelum menceburi bidang perniagaan bersama rakannya, beliau bekerja sebagai seorang chef selama 16 tahun dan pengalaman itu digunakan sepenuhnya bagi memastikan sajian yang disediakan menepati selera pelanggan.
"Sebenarnya saya mula terbuka hati untuk berniaga selepas seorang rakan mencadangkan supaya kami berdua membuka sebuah restoran. Tambahan pula saya memang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan, saya seorang chef selama 16 tahun.
"Jadi pada Januari tahun ini, kami pun buka bistro, yang mana di sini kami menjual semua jenis minuman, koktel, dan makanan signature kami adalah masakan barat dengan gaya klasik seperti chicken chop rangup, fish and chips dan aglio olio yang sangat autentik dan berkualiti," kata Chee Hung.

Antara makanan kegemaran pilihan ramai di Korner Bistro. - Foto Astro AWANI
Dalam pada itu, Chee Hung berkata selain makanan dan minuman, pakej Astro BizOne Rewards yang dilanggani bistronya menjadi antara daya tarikan kerana kandungan yang berkualiti tinggi dan berdefinisi tinggi.
"Selain mahu bersantai makan dan minum, ramai pelanggan saya di sini suka tengok perlawanan bola sepak, badminton, rancangan hiburan, terutamanya perlawanan akhir sukan.
"Dan saya gembira apabila semua pelanggan datang dan menikmati momen bersama rakan dan keluarga di bistro kami."
Justeru, Chee Hung berharap lebih ramai peniaga dapat melanggan pakej Astro BizOne Rewards kerana ia sangat membantu perniagaan serta menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke premis mereka.
"Kepada pemilik perniagaan yang belum melanggan Astro BizOne, saya cadangkan agar mereka melanggan pakej yang disediakan kerana Ia sangat berbaloi dengan nilai yang ditawarkan.
"Ia bukan saja membantu perniagaan, malah memberikan hiburan yang baik untuk pelanggan dan juga pemilik perniagaan semasa menjalankan perniagaan," katanya ketika ditemui di bistronya.
Sementara itu, bagi pelanggan Dalbir Singh, beliau berkata bistro ini bukan sekadar tempat makan tetapi lokasi lepak yang memberi suasana berbeza.
"Kebiasaannya saya saya datang pada setiap hari minggu,saya suka datang ke Bistro ini kerana suasana disini yang bagus, selesa selain menyajikan makanan yang sedap dan kena dengan selera saya,layanan mesra antara sebab bistro ini jadi pilihan saya,keluarga dan rakan. Selain itu saya suka datang ke sini kerana bistro ini untuk menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan," katanya.
Seorang lagi pelanggan, Garry Guljit Singh berkata, dia suka datang ke bistro itu untuk hilangkan 'tekanan' sambil menikmati makanan yang lazat serta menonton perlawanan bola sepak bersama rakan.
"Saya memang selalu datang ke sini, biasanya hari Sabtu. Kami datang sini untuk release stress dan jumpa dengan kawan. Kami suka menonton perlawanan bola sepak di bistro ini.
"Selain itu, kadang-kadang saya pun datang dengan keluarga sebab makanan di sini menepati selera saya. Burger adalah antara menu kesukaan saya. Anak buah saya pula suka pasta," ujarnya.
Sehingga hari ini, lebih 80 premis makanan dan minuman (F&B) di seluruh Malaysia berjaya menerima sokongan pemasaran berimpak tinggi daripada Astro.
Kempen yang sedang berlangsung hingga Oktober 2025 ini menyasarkan pemberian ganjaran kepada 200 premis makanan terbaik yang mendaftar, memperbaharui, atau menaik taraf Pakej Astro BizOne.
Tunggu apa lagi? Ayuh sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi sebelum tarikh tamat pada 17 Oktober 2025.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web biz.astro.com.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami