Sebanyak 117 penerbangan seminggu dari 15 bandar raya di China dan Taiwan terlibat dengan keputusan kerajaan negeri semalam untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari negara itu ke Sabah berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.
Jumlah itu tidak termasuk 10 penerbangan yang digantung sementara sebelum ini dari bandar raya Wuhan oleh syarikat penerbangan Air Asia (tujuh) dan Malindo Air (tiga) serta tujuh penerbangan dari Shanghai oleh Spring Airlines berikutan jangkitan 2019 novel koronavirus.
Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Sunif Naiman berkata daripada 117 penerbangan itu, 53 penerbangan oleh Air Asia, China Southern Airlines (21), Malindo Air (17), Malaysia Airlines (sembilan), Xiamen Air (tujuh), Shanghai Airlines (tujuh) dan Loong Air (tiga).
Bermula hari ini, tiada penerbangan dari China ke KKIA, katanya kepada Bernama menerusi mesej di aplikasi WhatsApp, pada Jumaat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
15 bandar raya tersebut ialah Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Guangzhou, Hangzhou, Fuzhou, Kunming, Chengdu, Tianjin, Wengzhou, Yiwu, Ningbo, Xian dan Xiamen serta Taiwan.
Sementara itu, menurut statistik Lembaga Pelancongan Sabah, pelancong dari China mencatat jumlah tertinggi pelancong antarabangsa melawat Sabah tahun lepas iaitu seramai 558,903 orang.
Menurut statistik berkenaan, pelancong ke Sabah pada tahun lepas berjumlah 3.76 juta orang iaitu 2.44 juta pelancong domestik dan 1.32 juta pelancong antarabangsa.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata keputusan kerajaan negeri menggantung sementara semua penerbangan dari China ke Sabah dibuat semasa mesyuarat kabinet pada Rabu lepas bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat di negeri ini.
Katanya keputusan itu hanya penggantungan sementara dan operasi dijangka seperti biasa apabila keadaan kembali normal.
Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi menyatakan sembilan warganegara China masih diletakkan di bawah kategori suspek jangkitan (PUI) koronavirus di negeri ini.
Di KUALA LUMPUR, Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata beliau memahami dan menghormati keputusan kerajaan Sabah untuk menggantung sementara penerbangan dari China.
"Keputusan untuk menggantung semua laluan penerbangan ke dan dari Sabah adalah satu langkah berani oleh kerajaan negeri dan suatu yang dirancang untuk melindungi mereka yang kini berada di Sabah termasuk pelancong.
"Kami berharap ini hanya akan menjadi langkah sementara dan penggantungan ini akan segera ditarik balik sebaik sahaja keadaan berkurangan dan perjalanan antara Sabah dan China akan kembali seperti biasa," katanya.
Menurut Tan, pendirian MATTA sepanjang krisis ini adalah konsisten bahawa persatuan sentiasa meletakkan kesihatan, perlindungan dan keselamatan sebagai keutamaan, baik rakyat Malaysia mahupun pelancong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 31 2020
Datuk Christina Liew berkata keputusan kerajaan negeri menggantung sementara semua penerbangan dari China ke Sabah dibuat semasa mesyuarat kabinet pada Rabu. -
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.