KUALA LUMPUR: Tahap korupsi membabitkan anggota penguat kuasa sebagai barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan, kata Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.
Ahmad Khusairi berkata situasi kebanjiran pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti untuk mengambil kesempatan mengambil rasuah.
Katanya tidak kira sama ada pendatang asing berkenaan mempunyai permit kerja, visa pelajar apatah lagi "kosong" tanpa permit dan berstatus pendatang tanpa izin, kumpulan ini sering menjadi sasaran kepada penguat kuasa.
"Inilah hakikat yang berlaku dan mendatangkan imej yang amat buruk kepada Malaysia. Tahap korupsi anggota penguat kuasa selaku barisan hadapan keselamatan negara dilihat semakin kronik dan membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad Khusairi slogan "Malaysia Boleh" sering dijadikan sindiran sinis yang membawa pengertian cukup memedihkan yang mana semua perkara boleh diselesaikan dengan membayar rasuah.
"Maka tidak hairan Malaysia menjadi antara tumpuan pekerja asing mendapatkan pekerjaan, pusat transit dadah di rantau Asia Tenggara, pusat penipuan dan pelaburan palsu antarabangsa, judi dalam talian, macau scam, pelacuran antarabangsa dan sebagainya.
Kita sering menolak dan menidakkan realiti serta mencari pelbagai alasan untuk menafikannya," katanya.
Ahmad Khusairi berkata komen mengenai gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang biasa didengar "ia adalah kejadian terpencil" sudah tidak mampu dijadikan alasan menidakkan realiti bagaimana rakusnya anggota penguat kuasa dalam perkara ini.
Menurutnya, rasuah berlaku dalam setiap inci kehidupan seorang pendatang asing ke negara ini termasuk berkaitan proses permohonan kuota pekerja asing oleh syarikat-syarikat.
"Bagi memperolehi kuota ini, syarikat-syarikat terpaksa membayar rasuah untuk memastikan kelulusan kuota dari segi jumlah pekerja asing yang dibawa masuk," katanya.
Selain itu, menurut Ahmad Khusairi kegiatan merasuah penguat kuasa juga berlaku di pintu-pintu masuk negara untuk mempercepatkan proses keluar dan masuk bagi pendatang asing yang tinggal melebihi tempoh, terlibat dengan jenayah, disenarai hitam, tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan dan sebagainya.
Ahmad Khusairi berkata gejala rasuah juga berlaku dalam kegiatan penyalahgunaan visa-visa pelajar asing bagi tujuan bekerja, berniaga dan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral serta melindungi kegiatan pelacuran, rumah urut, perjudian, macau scam yang kebanyakan pekerjanya terdiri daripada warga asing.
"Ini adalah sebahagian daripada kesalahan-kesalahan yang berlaku melibatkan pendatang asing di negara ini. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan ruang dan peluang kepada anggota-anggota penguat kuasa untuk mengutip rasuah secara kecil-kecilan, bulanan mahupun bersindiket," katanya.
Beliau berkata, justeru isu kebanjiran pendatang asing di negara ini tidak boleh dilihat sebagai perkara remeh memandangkan kesannya yang amat buruk kerana ia melibatkan masalah sosial, jenayah, kesihatan dan keselamatan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Kebanjiran PATI, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti. - Gambar hiasan/Freepik
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Malaysia negara terbaik di dunia untuk pelaburan
Malaysia dinobat negara terbaik di dunia untuk pelaburan dan menjalankan perniagaan bagi 2019, menurut CEOWORLD Magazine.
Draf Akta Liabiliti Korporat dirangka bagi tangani amalan korupsi sektor swasta
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan menggesa satu akta baru dirangka bagi menangani amalan korupsi membabitkan sektor swasta.