awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
Kerajaan selesai bayar balik lebihan cukai RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam lima tahun
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos sara hidup, aspirasi negara AI dan penambahbaikan Pendidikan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2025
23:40 MYT
Kos sara hidup, aspirasi negara AI dan penambahbaikan Pendidikan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 ini dijadual berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember depan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup, pembangunan bakat teknologi masa depan, serta penambahbaikan sistem pendidikan menjadi antara agenda utama yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ringkasan AI
  • Langkah stabilkan harga barang asas dan kawalan peniaga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat.
  • Julau dan Kuching gesa pengiktirafan bakat AI serta pelan Malaysia ke arah negara AI menjelang 2030.
  • Putrajaya minta penjelasan PBD dan bank soalan; Muar fokus pada persediaan banjir monsun hujung tahun.

Menurut aturan urusan mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memperincikan langkah-langkah yang dirancang dalam Belanjawan 2026 bagi menstabilkan harga barang asas seperti beras, telur, minyak masak dan ayam agar kekal mampu milik.
Beliau turut mempersoalkan sama ada belanjawan tersebut memperuntukkan dana tambahan untuk memperkukuh penguatkuasaan kawalan harga, bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna.
Dalam perkembangan berkaitan teknologi, Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan usaha yang sedang dilaksanakan untuk memperkasa bakat dalam bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
Beliau menekankan keperluan agar golongan ini diiktiraf setaraf dengan profesional lain seperti jurutera dan doktor.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, mahu Menteri Digital memperincikan rancangan Malaysia untuk merealisasikan aspirasi menjadi negara AI menjelang tahun 2030.
Dalam sektor pendidikan, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin, meminta penjelasan daripada Menteri Pendidikan mengenai penambahbaikan dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan ujian akhir sesi akademik sejak 2023.
Beliau turut menuntut maklumat lanjut mengenai status pelaksanaan cadangan pewujudan bank soalan ujian akhir sesi akademik yang diumumkan pada Jun 2022.
Isu kesiapsiagaan menghadapi bencana turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan persediaan menghadapi musim monsun hujung tahun yang dijangka menyebabkan banjir di kawasan pesisir pantai, khususnya dari Sri Menanti ke Sungai Balang.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 ini dijadual berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember depan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#harga barang asas
#AI
#persediaan banjir monsun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan