awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos ternakan punca harga daging segar naik mendadak

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2014
14:04 MYT
Kos ternakan punca harga daging segar naik mendadak
-- gambar fail
Kenaikan harga daging segar secara mendadak di pasaran boleh dikurangkan andai kos ternakan lembu di ladang dapat dikurangkan.
Rata-rata penternak mengakui, kenaikan harga lembu tidak dapat dielakkan tetapi ia boleh dikurangkan andai ada bantuan daripada pihak berkaitan.
Orang ramai dikejutkan apabila terdapat ramalan harga daging lembu segar bakal meningkat sehingga RM40 sekilogram terutama menjelang musim perayaan.
Kenaikan tersebut dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan daging lembu segar di pasaran selain kenaikan harga kos ternakan terutama kenaikan mendadak harga Palm Kernel Expeller (PKE) atau pallet makanan lembu dari sisa terbuang.
Menurut pengarah Desa Selatan Beef Sdn. Bhd, Abd. Rahman Md. Tahir, pihak kerajaan ataupun agensi-agensi berkaitan harus memainkan peranan memberi bantuan atau sekurang-kurangnya mengawal harga PKE.
Jelas Abd. Rahman, dalam tempoh tiga bulan sahaja, harga bagi satu tan PKE boleh melonjak daripada RM400 kepada RM700.
Tambahnya, bagi setiap ekor lembu, dia kini terpaksa membelanjakan sehingga RM200 sebulan untuk PKE dan ia tidak termasuk dengan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung penternak.
Harga daging lembu ketika ini mencecah sehingga RM28 sekilogram berbanding RM22 sekilogram bagi tahun lepas.
Topic Berkaitan
#daging lembu
#Harga daging
#kos ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan