awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kosmetik campur racun, JL Fara Seaweed mengandungi merkuri - KKM

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2025
03:40 MYT
Kosmetik campur racun, JL Fara Seaweed mengandungi merkuri - KKM
KKM mengingatkan semua penjual dan pengedar supaya menghentikan serta-merta penjualan dan pengedaran produk berjenama JL Fara Seaweed.
KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti produk kosmetik berjenama JL Fara Seaweed sebagai mengandungi bahan berjadual merkuri.
Sehubungan itu, KKM memaklumkan, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
"Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan.
"Ia mampu diserap ke dalam tubuh badan, seterusnya merosakkan buah pinggang, sistem saraf, serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak dan janin.
"Selain itu, merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan pada kulit pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, KKM mengingatkan semua penjual dan pengedar supaya menghentikan serta-merta penjualan serta pengedaran produk JL Fara Seaweed.
Tegasnya, mana-mana pihak yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu boleh dikenakan tindakan tegas.
"Orang ramai yang sedang menggunakan produk tersebut disaran supaya segera menghentikan penggunaannya.
"Jika mengalami sebarang kesan sampingan, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan," katanya.
Tambah KKM, bagi memastikan keselamatan produk kosmetik yang digunakan, orang ramai boleh menyemak status notifikasi produk di laman sesawang rasmi NPRA di www.npra.gov.my.
Topic Berkaitan
#JL Fara Seaweed
#merkuri
#kosmetik
#racun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan