Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai mengesahkan maklumat dari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine tidak diganggu.
Beliau berkata pasukan siasatan antarabangsa sedang memperoleh maklumat termasuk suara rakaman dari kokpit selain kandungan data penerbangan yang akan didokumentasi.
Kotak hitam telah dibuka dan ia tidak dirosakkan atau dicemari. Kandungan percakapan dalam kokpit boleh didengar dengan jelas.
Butirannya akan dikaji jawatankuasa siasatan. Kita mahu kebenaran dari kejadian ini," katanya kepada pemberita sekembali dari Amsterdam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Kotak hitam itu dihantar ke Farnborough, barat daya London oleh Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa.
Liow berkata usaha memindah mayat mangsa dari kawasan nahas ke Belanda akan diteruskan hingga Ahad ini.
Beliau berkata lebih 20 anggota pasukan pengecaman mangsa bencana (DIV) dari Malaysia berada di Amsterdam bagi membantu pakar Belanda untuk mengenali mayat yang dikumpul dari kawasan pesawat terhempas.
Bedah siasat bermula semalam dan ia akan mengambil masa kerana ia perlu dilakukan secara teliti. Kita meminta pihak Belanda untuk mempercepat prosesnya dan kita akan menghantar lebih banyak bantuan jika perlu," katanya.
Beliau berkata tiga pakar Malaysia mengumpul data dan bukti di kawasan nahas di timur Ukraine.
Liow turut menggesa badan antarabangsa untuk memberi sokongan bagi memastikan laluan selamat ke kawasan nahas untuk membolehkan pasukan penyiasat melakukan siasatan terperinci dan menyeluruh.
Kita tidak mendapat akses penuh (ke kawaasn kemalangan). Kita tidak boleh memindahkan bangkai pesawat dan terdapat banyak sekatan. Kita mahu mencari dan melihat perkara ini," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dengan peluru berpandu dari bumi ke udara pada 17 Julai.
Ia yang membawa 298 orang terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine.
Mengenai punca nahas, Liow berkata ia akan dilakukan secara terperinci dan menyeluruh menerusi bantuan pasukan penyiasat antarabangsa.
"Kita akan melihat dari segenap sudut termasuk dari aspek jenayah supaya kita boleh mencari punca sebenarnya. Kita mahukan keadilan," kata beliau.
Bernama
Fri Jul 25 2014
Beliau berkata pasukan siasatan antarabangsa sedang memperoleh maklumat termasuk suara rakaman dari kokpit - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.