KP NADMA dilantik sebagai KSU baharu Kementerian Komunikasi

Abdul Halim (kanan) sebelum ini berkhidmat selaku Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Foto Pejabat KSN
KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Halim Hamzah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi berkuat kuasa pada 24 November 2025.
Ringkasan AI
- Datuk Abdul Halim Hamzah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi pada 24 November 2025, menggantikan Datuk Seri Muhammad Fauzi Md Isa.
- Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan mempunyai pengalaman kepimpinan serta rekod perkhidmatan yang cemerlang.
- Meor Ismail Meor Akim pula dilantik sebagai Ketua Pengarah NADMA menggantikan Abdul Halim, dengan pelantikan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
“Dengan pengalaman kepimpinan yang luas serta rekod perkhidmatan yang cemerlang, saya yakin beliau akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan terus menyumbang kepada kesejahteraan serta kemakmuran negara,” kata Shamsul Azri.
Selain itu beliau juga merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemegang ljazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Pada masa sama, Shamsul Azri memaklumkan Meor Ismail Meor Akim dilantik sebagai Ketua Pengarah NADMA yang baharu berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


