Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang wujud atas dasar menjadikan UMNO sebuah parti bersifat lebih inklusif, akan terus menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.
Presidennya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata KP1M yang lahir melalui Biro Putera UMNO di bawah Pergerakan Pemuda, bersedia untuk terus merancakkan gerak kerja melahirkan lebih banyak sukarelawan tanpa mengira agama, bangsa mahupun perbezaan fahaman politik.
"Budaya tolong-menolong diamalkan dalam UMNO jauh melebihi apa-apa sempadan warna politik terutama apabila berlaku sebarang bencana alam yang memerlukan tindakan segera kita menghulurkan bantuan.
"Ahli UMNO khususnya generasi muda terus dilatih untuk menjiwai budaya kesukarelawanan dengan mendekati mereka yang memerlukan bantuan secara konsisten. Inilah didikan yang wujud sekian lama menerusi Biro Putera UMNO yang menjadi asas kepada KP1M," kata Abdul Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dalam temu bual dengan Bernama sempena Ulang Tahun UMNO ke-71 yang akan disambut pada 11 Mei.
Abdul Azeez yang juga Anggota Parlimen Baling berkata beberapa misi kemanusiaan yang berjaya dilaksanakan oleh KP1M dan Biro Putera UMNO membuktikan parti itu tetap teguh selama tujuh dekad dalam memperjuangkan bangsa di negara ini.
Misi kemanusiaan yang pernah dijalankan oleh KP1M termasuklah misi menyelamatkan rakyat Malaysia di luar negara apabila berlaku bencana serta misi kemanusiaan di dalam mahupun luar negara.
"Kita sudah berjaya laksanakan misi kemanusiaan di lebih 40 negara, antaranya di Indonesia, Somalia, Jepun, Pakistan, Australia dan Mesir," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata kejayaan paling manis dalam melaksanakan misi menyelamat oleh KP1M adalah semasa mereka berjaya membawa pulang 7,241 pelajar Malaysia ke tanah air melalui Ops Piramid ketika berlaku ketegangan politik di Mesir.
"Ini antara contoh misi-misi besar yang telah kita jalankan tidak terkecuali terbaharu, Food Flotilla for Myanmar awal tahun ini serta misi keamanan di Somalia pada 2011 yang turut mengorbankan seorang petugas media, Noramfaizul Mohd Nor dari Bernama TV (sekarang dikenali sebagai BNC)," kata Abdul Azeez.
Bercakap mengenai hala tuju KP1M dalam menyemarakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda, Abdul Azeez berkata KP1M akan terus agresif dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO selalu menasihati saya supaya jangan mengamalkan budaya pilih kasih dalam melakukan kebajikan dan saya pegang teguh amanah itu," katanya
Beliau berkata KP1M akan melakukan yang terbaik dalam usahanya untuk terus menyemarakkan budaya kesukarelawanan dan kebajikan selaras dengan aspirasi Presiden UMNO dan slogan 1Malaysia iaitu ''Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan''.
"Saya sebagai ahli parti akan terus berjuang untuk kelangsungan hidup rakyat tanpa mengira latar belakang sesiapa dalam usaha menjadikan UMNO disenangi oleh kawan dan pihak lawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2017
Abdul Azeez (dua, kiri) ketika sidang media misi kemanusiaan ke Myanmar pada Januari lalu. -Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Zarith Sofiah bertitah agar syarikat korporat dan perniagaan memainkan peranan aktif dalam menyediakan generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.