awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/09/2023
08:07 MYT
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah
Fuziah Salleh berkata, usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras pada Selasa, 19 September 2023.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.
“Esok kita akan lancar Jualah Rahmah Beras di mana rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun dan subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Fuziah berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Menurutnya, langkah itu diambil selepas mendengar rungutan rakyat yang kecewa dengan kenaikan mendadak harga beras putih tempatan.
Dalam pada itu, KPDN akan mengumumkan mengenai mekanisme berkaitan pelancaran program itu tidak lama lagi.
“Sebenarnya berkenaan kawal selia padi dan beras, kita semua tahu ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). KPDN tiada kuasa mengawal pun, harga pun tak.
“Tetapi hari-hari kita dengar rintihan rakyat, maka KPDN cuba cari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan tiada beras tempatan seperti didakwa,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#kpdn
#harga beras
#Jualan Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan