awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN gagalkan penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sandakan

Bernama
Bernama
23/05/2023
13:19 MYT
KPDN gagalkan penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sandakan
KPDN berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi dengan rampasan 4,400 kilogram barang kawalan itu dalam serbuan di Batu 9, petang semalam. - Foto Facebook/SANDAKANfm Bersamamu
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi dengan rampasan 4,400 kilogram barang kawalan itu dalam serbuan di Batu 9 dekat sini, petang semalam.
Ketua Cawangan KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata pada awalnya, pasukan penguat kuasa tidak menjumpai tempat kegiatan penyelewengan minyak masak itu, namun setelah mengekori beberapa lori, pasukan berkenaan mendapati tempat yang digunakan berdekatan dengan dua tempat pelupusan sampah.
"Kami percaya selepas mereka (sindiket) menggunting (minyak masak peket bersubsidi), kotak dan plastik itu akan dibakar bagi menghapuskan bukti," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kegiatan itu di sebuah rumah dekat sini hari ini.
Azdy Zukkry berkata serbuan pada 2 petang itu menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an ketika leka menggunting peket minyak masak bersubsidi itu.
Beliau berkata selain minyak masak, pasukan penguat kuasa turut merampas dua pam dan satu hos getah dianggar bernilai RM16,950, yang disyaki digunakan untuk kegiatan itu.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mana-mana individu atau kumpulan yang mahu berniaga minyak masak bersubsidi dinasihatkan supaya berjumpa dengan pihak KPDN yang sedia membantu menjalankan perniagaan itu dengan betul.
"Ia melibatkan hak orang yang susah, terutama di kawasan kampung. Orang kampung susah mahu dapatkan bekalan, mereka (sindiket) pula dengan senang menggunting hak orang kampung (minyak masak peket bersubsidi) di sini (tempat kegiatan)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#penyelewengan minyak masak bersubsidi
#rampasan
#KPDN Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan