awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN kaji inisiatif Amanah Saham Rahmah, bantu keluarga miskin tegar

Bernama
Bernama
16/08/2023
03:50 MYT
KPDN kaji inisiatif Amanah Saham Rahmah, bantu keluarga miskin tegar
Fuziah (foto) berkata inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar di negara ini.
Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu.
Menurutnya, menerusi amanah berkenaan sejumlah wang akan dilaburkan oleh kerajaan di bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, manakala wang pokok yang dilaburkan itu, tetap milik kerajaan.
"Kita sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan Amanah Saham Rahmah dan bagaimana kita boleh meletakkan satu kumpulan wang yang terkumpul untuk kita laburkan di dalam satu akaun.
"Contohnya di bawah Permodalan Nasional Berhad, kerajaan akan meletakkan RM100,000 untuk keluarga itu, tetapi wang pokok itu akan tetap jadi milik kerajaan, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#kpdn
#Amanah Saham Rahmah
#keluarga miskin tegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan