KPDN KL rampas pelbagai barangan bernilai RM4.5 juta sejak Januari

Mohd Sabri (enam, kiri) bergambar bersama rakan-rakan media yang menerima sijil penghargaan pada Majlis Apresiasi 3P Peringkat Wilayah Persekutuan bersama Rakan Strategik dan Media hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur merampas barangan bernilai RM4.5 juta, termasuk barangan tiruan dan gas petroleum cecair (LPG), dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak Januari hingga 30 Okt lepas.
Ringkasan AI
- KPDN KL merampas barangan bernilai RM4.5 juta termasuk barangan tiruan dan gas petroleum cecair dalam operasi penguatkuasaan.
- Sebanyak 546 kes berjaya dihasilkan dengan kompaun berjumlah RM704,400 dan denda RM179,928, menunjukkan impak ketara terhadap aktiviti perdagangan tidak beretika.
- KPDN KL menerima 8,424 aduan dengan 97.07 peratus diselesaikan, sementara 1,242 Program Jualan Rahmah MADANI dianjurkan untuk mengurangkan kos sara hidup.
Beliau berkata sebanyak 101 anggota penguat kuasa digerakkan dengan fokus kepada keberadaan di lapangan atau omnipresence, pengurusan risiko ketirisan dan integrasi penguatkuasaan digital bagi meningkatkan keberkesanan tindakan.
Sebanyak 34,566 premis, katanya diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang meliputi harga, timbangan dan barang kawalan.
"Jumlah pemeriksaan yang tinggi ini membuktikan komitmen kementerian dalam melindungi pengguna dan memastikan peniaga mematuhi peraturan," katanya.
Bagi aspek pemantauan pengguna, Mohd Sabri berkata KPDN KL menerima 8,424 aduan, dengan perkhidmatan dalam talian mencatat aduan tertinggi iaitu 32.8 peratus atau 2,760 aduan.
"Daripada jumlah keseluruhan aduan, 97.07 peratus (8,178) berjaya diselesaikan, memperlihatkan kecekapan kementerian dalam menangani isu yang dibangkitkan pengguna," katanya.
Mengulas usaha mengurangkan kos sara hidup, beliau berkata sebanyak 1,242 Program Jualan Rahmah MADANI telah dianjurkan di 11 kawasan Parlimen di ibu negara setakat bulan lepas.
Beliau berkata Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak adalah inisiatif paling aktif dengan 895 program atau 72 peratus daripada keseluruhan pelaksanaan, membolehkan rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran melalui kerjasama industri runcit dan borong tempatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


