awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN lakukan siasatan caj tersembunyi penjualan telur ayam - Fuziah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/01/2023
09:22 MYT
KPDN lakukan siasatan caj tersembunyi penjualan telur ayam - Fuziah
Fuziah berkata, pihaknya perlu proaktif dengan aduan pengguna yang mengatakan peruncit mengenakan caj terbabit.- Astro AWANI
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar peruncit mengenakan caj tersembunyi ke atas penjualan telur ayam.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, pihaknya perlu proaktif dengan aduan pengguna yang mengatakan peruncit mengenakan caj terbabit.
Beliau berkata, siasatan ini adalah menyeluruh tanpa mengira sama ada peniaga kedai runcit ataupun pasar raya yang membebankan pengguna dengan mengenakan caj tambahan memandangkan telur ayam berada di bawah harga kawalan.
"Apabila ada harga kawalan tidak kiralah yang meniaga itu kedai-kedai runcit, kedai besar, ia (harga kawalan) terpakai. Akan tetapi, kita juga ambil maklum bahawa ada sesetengah kedai (yang mana) peruncit yang mereka sendiri terima harga (tinggi) itu, harga jualan yang sudah ditetapkan untuk jualan.
"Jadi, siasatan sedang dilakukan dan kita hendak tengok (Pengarah Penguatkuasa KPDN), Azman Adam bertanggungjawab untuk siasat dan kita nak tengok di lapisan mana yang ambil (caj) lebih itu," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Aduan Suri dan Peremajaan Semula Aduan KPDN 'Aduan Suri' bersempena Karnival Jualan Rahmah di sini, pada Khamis.
Fuziah, berkata sedemikian ketika diminta mengulas kes peruncit diberikan notis berikutan mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di sekitar daerah Kubang Pasu, pada Isnin lepas.
Jelas beliau, kes caj tersembunyi ke atas penjualan tersembunyi yang berlaku sedang dalam siasatan namun ia sepatutnya tidak dibenarkan berlaku.
"Namun, sebenarnya kita pun tidak menyalahkan peruncit sebab sekiranya masalah dia (adalah) dia hendak dapatkan bekalan dan dia membeli (telur) itu dengan harga jualan.
"Kita telah dapati ada beberapa kes sebegini, jadi kita pun hendak tengoklah dari segi dia punya bekalan tu di peringkat mana yang kita boleh perbaik," katanya.
Topic Berkaitan
#kpdn
#harga telur
#caj tambahan
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan