awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN lancar Ops Gasak, banteras aktiviti seleweng subsidi LPG

Asyraf Malik
Asyraf Malik
18/04/2025
07:22 MYT
KPDN lancar Ops Gasak, banteras aktiviti seleweng subsidi LPG
Armizan memperincikan Ops Gasak dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa ke-53 KPDN di Putrajaya, pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Gasak bertujuan membanteras penyelewengan subsidi gas petroleum cecair (LPG), pada Jumaat.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia wajar memandangkan kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM3 bilion setahun untuk LPG.
Penguatkuasaan ini bagi memastikan subsidi tersebut hanya dinikmati rakyat dan mencegah penyalahgunaan oleh industri tidak sepatutnya, seperti syarikat dobi pakaian.
“Ops Gasak berkuatk uasa bermula 1 Mei, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Selain kerjasama agensi kerajaan, KPDN juga mengharapkan kepedulian rakyat untuk menyalurkan aduan kepada platform disediakan sekiranya disyaki berlaku penyelewengan subsidi.
“Penyertaan rakyat sangat dihargai untuk membantu penguatkuasaan,” ujar Armizan dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa ke-53 KPDN di Putrajaya, hari ini.
Armizan juga memberikan sorotan kepada Ops Pantau yang dilaksanakan pada 2 Mac hingga 30 Mac lalu, melibatkan pemeriksaan bekalan dan harga barang sempena Aidilfitri.
Sebanyak 70,906 pemeriksaan dilakukan, 306 kes dibuka melibatkan pelbagai kesalahan utama seperti tidak mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang tamat tempoh.
Topic Berkaitan
#kpdn
#gas petroleum cecair
#LPG
#Ops Gasak
#Datuk Armizan Mohd Ali
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan